Hiburan

Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir

Gempak
05/08/2024
03:43 MYT
Sponsor Banner
Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir
Kamelia yang reda dengan pemergian arwah itu juga menyifatkan bapanya seorang yang tidak suka menyusahkan anak-anak.
Jom Usha artikel penuh di www.gempak.com " />
"Tiada permintaan pelik-pelik daripada ayah, cuma dia ada asyik cakap nak beli kereta impian dia. Kereta Volvo," itu yang dikongsikan anak penyanyi Allahyarham Jay Jay, Nur Kamelia Mohd Fauzi ,28.

Luah hasrat nak beli kereta jenama antarabangsa

Kamelia yang ditemui di perkarangan Masjid Al-Husna Bandar Sunway berkata, hasrat itu dinyatakan berkali-kali sebelum pemergian bapanya itu.

“Tak ada permintaan pelik-pelik daripada ayah sebelum dia pergi. Cuma ada satu ayah suka ulang-ulang ‘I suka tengok one car tu. Cantik… I nak belilah’.

"Jadi kita waktu itu sebagai anak hanya layankan la apa yang arwah cakap sebab memang kita tahu dia tengah tak sihat. Jadi, waktu itu kita layankan sahaja dan gelak-gelak," katanya kepada Gempak.
Kamelia yang reda dengan pemergian arwah itu juga menyifatkan bapanya seorang yang tidak suka menyusahkan anak-anak.
“Dia memang seorang bapa yang sayang keluarga dan cucu-cucunya. Dia tak pernah mengambil tahu hal orang lain dan dia memang seorang bapa yang baik.
"Umur begini pun walau ada show raya dia masih nak perform juga dan kalau boleh, masa ada masalah jantung pun ada show, dia tetap nak ambil tawaran itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

ARTIKEL BERKAITAN:Isteri Dedah Pesanan Terakhir Allahyarham Jay Jay - “Pandai-Pandai Nak Hidup Bawa Diri”

ARTIKEL BERKAITAN:“Dia Pergi Dengan Tenang Selepas Apa Yang Dilalui” - Isteri Allahyarham Jay Jay

ARTIKEL BARKAITAN:Luah Hasrat Nak Beli Kereta Jenama Antarabangsa, Anak Dedah Jay Jay Tetap Berjuang Di Saat Akhir

ARTIKEL BERKAITAN:Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

Tak berputus asa walaupun keadaan kurang baik

Jelasnya, bapanya tidak pernah berputus asa walaupun keadaannya kurang begitu baik ketika itu.
"Tiada kata-kata yang kerap dia ucap waktu itu sebab dia dah kena strok kan tapi kita tahu dia tengah berjuang dan penat.

"Kita sekeluarga dah mencuba, begitu juga dengan pihak hospital pun dah try, so dia perlukan rehat setelah dia lalui macam-macam dan dia memang terlalu penat. Itu saya tahu," kongsi Kamelia.

Bagaimanapun, anak bongsu daripada empat adik beradik ini bersyukur kerana ketika pemergian bapanya kesemua anak-anak berada di samping Allahyarham kecuali salah seorang adik beradiknya yang berada di Norway.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar