Hiburan

Lufya Omar Tak Duduk Diam Kena Kecam, "Baca Komen Buat Darah Saya Naik Turun ..."

Zulaikha Yusof
28/08/2020
01:36 MYT
Sponsor Banner
Lufya Omar Tak Duduk Diam Kena Kecam, "Baca Komen Buat Darah Saya Naik Turun ..."
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar membalas komen kesat netizen selepas menerima kecaman gara-gara memuat naik rakaman video anak perempuannya, Laana Haura, 2, meraung dan menangis kesakitan kerana telinganya ditindik.
BACA: “Sedihnya Tengok….”-Anak Meraung Ketika Ditindik Telinga, Lufya Dedah Situasi Sebenar
Jelas Lufya, 35, bukan dia yang beria ingin berbuat demikian namun Haura yang meminta ketika mereka berada di sebuah kedai emas.
"Jantung hati saya merajuk. Kawan dia pun baru tindik telinga pastu pakai anting-anting warna pink dia pun nak jugak!!!
"Ingat senang ke nak jaga anak perempuan? Macam-macam cengkadak tau!
"Korang ingat fya nak sangat ke pierce telinga princess ni kalau dia tak nak. Die nangis tak hengat semalam nak sangat tindik jadi boleh dia pakai anting-anting. (Tengok story)," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar mendedahkan spray kebas sudah diletakkan iaitu sebelum dan selepas menindik.
Malah, kata bintang Akademi Fantasia Musim keenam ini mereka tidak boleh melakukan serentak disebabkan salah satu 'piercing gun' rosak ketika itu.
"Pasal spray kebas tu wajibul ghunnah la sebelum dan selepas. Lagi satu dah piercing gun lagi 1 tu rosak terpaksala buat satu-satu Mak Jah!
"Mak dia dah cakap sakit baby. Dia nangis nak juga. Camana? Bukan nangis manja tau. Nangis monster hahahahaha..
"Baca komen Mak Jah kadang buat darah saya naik turun. Zikir jap," tulisnya lagi.
A post shared by Lufya (@lufyalaana) on
Haura merupakan anak hasil perkahwinan Lufya bersama bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar