Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lufya Omar Tak Duduk Diam Kena Kecam, "Baca Komen Buat Darah Saya Naik Turun ..."

Zulaikha Yusof 28/08/2020 | 01:36 MYT
Penyanyi dan pelakon Lufya Omar membalas komen kesat netizen selepas menerima kecaman gara-gara memuat naik rakaman video anak perempuannya, Laana Haura, 2, meraung dan menangis kesakitan kerana telinganya ditindik.
BACA: “Sedihnya Tengok….”-Anak Meraung Ketika Ditindik Telinga, Lufya Dedah Situasi Sebenar
Jelas Lufya, 35, bukan dia yang beria ingin berbuat demikian namun Haura yang meminta ketika mereka berada di sebuah kedai emas.
"Jantung hati saya merajuk. Kawan dia pun baru tindik telinga pastu pakai anting-anting warna pink dia pun nak jugak!!!
"Ingat senang ke nak jaga anak perempuan? Macam-macam cengkadak tau!
"Korang ingat fya nak sangat ke pierce telinga princess ni kalau dia tak nak. Die nangis tak hengat semalam nak sangat tindik jadi boleh dia pakai anting-anting. (Tengok story)," tulisnya di Instagram (IG).
Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar mendedahkan spray kebas sudah diletakkan iaitu sebelum dan selepas menindik.
Malah, kata bintang Akademi Fantasia Musim keenam ini mereka tidak boleh melakukan serentak disebabkan salah satu 'piercing gun' rosak ketika itu.
"Pasal spray kebas tu wajibul ghunnah la sebelum dan selepas. Lagi satu dah piercing gun lagi 1 tu rosak terpaksala buat satu-satu Mak Jah!
"Mak dia dah cakap sakit baby. Dia nangis nak juga. Camana? Bukan nangis manja tau. Nangis monster hahahahaha..
"Baca komen Mak Jah kadang buat darah saya naik turun. Zikir jap," tulisnya lagi.

My Jantung Hati merajuk. Kawan die pun baru tindik telinga pastu pakai anting2 warna pink die pun nak jugak!!!Ingat senang ke nak jaga anak perempuan? Macam-macam cengkadak tau!??‍♀️ Korang ingat fya nak sgt ke pierce telinga princess ni kalau die taknak. Die nangis tak hengat semalam nak sangat tindik so boleh die pakai anting-anting. (Tengok story ??) Pasal spray kebas tu wajibul ghunnah la.. sebelum dan selepas. Lagi satu dah piercing gun lagi 1 tu rosak terpaksala buat satu2 Mak Jah! Mak die dh cakap sakit baby.. die nangis nak jugak. Camana? Bukan nangis manja tau .. nangis monster hahahahaha.. baca komen Mak Jah kadang buat my blood go upstairs & downstairs ? zikir jap... jom la maghrib??

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Haura merupakan anak hasil perkahwinan Lufya bersama bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.
#Anak #Lufya #Tindik
;