Laman Utama
“Lumrah Shoot Dengan Pregnant Mom”- Amar Baharin Reda Kena Muntah Ayda Jebat
Aktor Amar Baharin reda apabila terpaksa berdepan dengan situasi pelakon Ayda Jebat yang mengalami alahan waktu hamil ketika menjalani penggambaran drama Bukan Cinta Sempurna untuk siaran Astro Ria baru-baru ini.
Walau bagaimanapun Amar memberitahu dia memahaminya serta mengucapkan tahniah kepada Ayda dan Nabil yang bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.
“Lumrah shoot dengan pregnant mom… sampai termuntah-muntah kat set.
“Anyway, congrats Ayda Jebat dan Nabil Mahir. Semoga dipermudahkan,” katanya.
Amar berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu, dia memuat naik foto ketika penggambaran yang menunjukkan Ayda seperti sedang baru sahaja muntah bersamanya di hadapan sebuah kereta.
Ayda menerusi komen dalam entri itu meminta maaf akan situasi berkenaan.
“Opps sorry, ter dianasor!”tulisnya dalam ruangan komen.
Kemas kini itu turut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji sikap Amar yang turut sama memahami situasi ibu hamil.
“Kena lebih memahami ibu-ibu hamil...bukan semudah yang disangka.. Aamiin,” komen seorang pengikutnya.
“Nasib baik Ammar dah 2 orang anak.. Kalau tak dengan Ama muntah sekali,” tulis seorang netizen.
Dalam pada itu tak kurang juga ada yang memuji Ayda kerana masih gigih meskipun hamil.
“Congrats Ayda, kesiannyaa, semoga lekas hilang alahan nyaa, walau tengah alahan, kerja juga yaa,” puji seorang warga maya.
Ayda yang sedang hamil lima bulan mendirikan rumah tangga dengan Nabil Mahir pada 1 Januari 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Ana Nayla berusia dua tahun.