Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Luqman Hakim Rai Gol Pertama Di Belgium Bersama Rakyat Malaysia, “Ini Bukan Gol Biasa-Biasa”

Azwa Rahman 14/10/2020 | 06:04 MYT
Penyerang muda Liga Pro Belgium, KV Kortrijk Luqman Hakim Shamsudin teruja berkongsi momen rembatan gol pertamanya bersama kelab itu.
Menerusi laman sosial Twitter, Luqman memuat naik video babak cemerlang tersebut untuk tatapan umum.
“Alhamdulillah terima kasih ya Allah, walaupun gol biasa-biasa, berkat doa anda semua.
“Ini gol pertama saya untuk perlawanan pertama saya pada tahun 2020 ini,” tulis Luqman menerusi ciapan tersebut.
Gol tunggal perlawanan yang dijaringkan Luqman Hakim menerusi tandukan itu hadir pada minit ke-83.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekali gus ia menjadi gol kemenangan bagi membantu skuad Bawah 21 Tahun (B-21) KV Kortrijk menewaskan KFCO Beerschot Wilrijk, 1-0 pada aksi Kumpulan 2 Liga Belgium B-21 hari ini.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang memberikan ucapan tahniah dan melahirkan rasa bangga mereka terhadap prestasi Luqman.
“Bukan gol biasa-biasa tu. Luar biasa sebab gol header dari orang bersaiz kecil! Keep your head down and train harder bro!” komen seorang wargamaya.
“Kemah bos. Tak boleh bayang dengan kesungguhan dan minat demo akan beri perkembangan yang baik untuk diri demo nanti. Mesti hebat skuad Malaysia dua tiga tahun lagi dengan demo dan Safawi bersinar di liga luar negara,” puji seorang wargamaya.
“Tahniah, anda buktikan Player Malaysia mampu beraksi di Eropah. Perjalanan masih jauh, cekalkan hati,” sokong seorang wargamaya.
“Yang penting, gol. Cantik atau tidak, tak penting Luqman. Moga terus sukses di persada antarabangsa insyaAllah!” kata seorang wargamaya lagi.
Pada Ogos lalu, Luqman secara rasmi telah menandatangani kontrak selama lima tahun dengan KV Kortrijk yang dimiliki oleh ahli perniagaan terkemuka Malaysia, Tan Sri Vincent Tan.
#Bola Sepak #Luqman Hakim #KV Kortrijk
;