Hiburan

Lutut 'Meletup' Ketika Bersenam Di Gimnasium, Nadia Hasnan Terpaksa Bertongkat

Amri Hassan
24/07/2019
22:55 MYT
Sponsor Banner
Lutut 'Meletup' Ketika Bersenam Di Gimnasium, Nadia Hasnan Terpaksa Bertongkat
Malang tak berbau! Penyampai radio Era, Nadia Hasnan akur terpaksa menggunakan tongkat apabila lututnya mengalami kecederaan ketika menjalani latihan kecergasan di sebuah gimnasium malam tadi.
A post shared by NadiaHasnan (@nadiahasnan) on
Maklum Nadia, kecederaan itu disebabkan kesan sampingan selepas mengalami cedera ligamen anterior crucial (ACL) tahun lalu.
"Setahun lebih training, okey je. Harini pula lain macam.. Pasti ramailah yang bising sebab bukan pertama kali terjadi.
"Doctor sudah menasihati saya sejak ACL dulu tapi tak nak dengar, pastu fisioterapi tak buat.. Gagah nak training macam kaki normal..Inilah makannya.
"Tapi benda nak jadi, terpaksa terima hakikat bertongkat untuk seketika. Don't worry, esok suami saya bawa menjalani pemeriksaan MRI lepas habis kerja," tulisnya bersama sepotong video ketika melakukan latihan.
Dalam rakaman video terbabit, Nadia sedang mengangkat pemberat sambil melompat dan dipantau oleh seorang jurulatih kecergasan lelaki.
Bagaimanapun, lututnya tercedera hingga mengeluarkan bunyi 'pop' dan Nadia jatuh terduduk.
Insiden itu mendapat perhatian pengguna gimnasium terbabit yang menghulurkan bantuan sepatutnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar