Hiburan

Lutut Terkoyak Akibat Jatuh, Anak Aliff Syukri & Nur Shahida Masuk Hospital

Zulaikha Yusof
22/11/2019
07:34 MYT
Sponsor Banner
Lutut Terkoyak Akibat Jatuh, Anak Aliff Syukri & Nur Shahida Masuk Hospital
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anaknya, Ibraheem Adham atau lebih mesra dipanggil Baem cedera di bahagian lutut semalam.
Menurut Shahida, kejadian tersebut berlaku akibat kelasakan Baem yang terjatuh di kolam renang.
"Budak lasak suka bercakap suka lompat-lompat pastu jatuh terkoyak lutut.
"Tak pasal-pasal mama kena pergi hospital malam buta ni. Baem oh baem," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Baem terpaksa ditahan di sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan susulan selepas lututnya terkoyak.
Rata-rata pengikut Shahida meninggalkan komen dengan mendoakan semoga Baem cepat sembuh serta lebih berhati-hati selepas ini.
Shahida dan suaminya, Aliff Syukri berkahwin pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan ini turut mengambil seorang anak angkat bernama Ameena.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar