Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lutut Terkoyak Akibat Jatuh, Anak Aliff Syukri & Nur Shahida Masuk Hospital

Zulaikha Yusof 22/11/2019 | 07:34 MYT
Isteri kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida mendedahkan anaknya, Ibraheem Adham atau lebih mesra dipanggil Baem cedera di bahagian lutut semalam.
Menurut Shahida, kejadian tersebut berlaku akibat kelasakan Baem yang terjatuh di kolam renang.
"Budak lasak suka bercakap suka lompat-lompat pastu jatuh terkoyak lutut.
"Tak pasal-pasal mama kena pergi hospital malam buta ni. Baem oh baem," tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Budak lasak suka bercakap....suka lompat2 pastu jatuh terkoyak lutut....x pasal2 mama kena g hospital malam2 buta ni? baem oh baem @baemadham_terlajaklaris

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Baem terpaksa ditahan di sebuah hospital swasta bagi mendapatkan rawatan susulan selepas lututnya terkoyak.

Alhamdulillah dah selesai dan pagi2 pkl 7 pagi dah masuk OT Utk jahit luka semalam dan InsyaAllah petang nanti boleh balik dah...Abaikan muka mak dia yg kembang tu ?

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Rata-rata pengikut Shahida meninggalkan komen dengan mendoakan semoga Baem cepat sembuh serta lebih berhati-hati selepas ini.
Shahida dan suaminya, Aliff Syukri berkahwin pada tahun 2007.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi.
Pasangan ini turut mengambil seorang anak angkat bernama Ameena.
#Aliff Syukri #Shahida #Baem #Lutut Koyak
;