Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Lydia Individu Paling Risau Bila Tyzo Masuk Hospital! - "Balik Bercuti, Dia Terus ..."

Ernalisa 04/09/2024 | 14:30 MYT

Penyampai radio Tyzo Xander mendedahkan usahawan Lydia Rosli antara individu yang paling risau apabila dia dirawat di hospital pada Selasa.

Jelas Tyzo, Lydia ada menghubunginya untuk bertanya khabar sejurus mendapat tahu dia menerima rawatan di hospital.

BERITA BERKAITAN : Pelakon Lelaki Tayang Badan, Netizen Tak Keruan Tengok James McAvoy! | Eat, Movie, Repeat [Interview]

BERITA BERKAITAN : Baru Beberapa Bulan Putus Tunang, Aya Amiruddin Dah Jumpa Pengganti?

BERITA BERKAITAN : Didakwa Bercinta Dengan Johnny Depp, Ini Reaksi Jenna Ortega - "Ia Mengarut..."

BERITA BERKAITAN : Bangmed Viral Di Sukan Olimpik! Rapat Dengan Atlet, Bidas Etika Kewartawanan | Motif Trending

"Ada...memang ada Lydia telefon saya. Tapi dia telefon pun sekadar mahu bertanya khabar saya lepas dia dapat tahu saya dimasukkan ke hospital.

"Tak da sembang apa-apa pun. Dia pun kebetulan baru balik bercuti dengan keluarga dia dan saya pula perlukan rehat selepas jalani rawatan," katanya kepada Gempak.
Difahamkan Tyzo dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan endoskopi selepas mengalami sakit pada bahagian perut.
Malah, jelas Tyzo, hubungan mereka masih baik selepas timbul kontroversi melibatkan mereka berdua sejak bulan lepas.

"Alhamdulilallah semua baik-baik je. Saya dan Lydia teruskan sahaja macam biasa sebab perniagaan yang kami usahakan," ringkas Tyzo sambil tertawa.

Lydia yang merupakan kakak kepada usahawan sensasi Kak KM pernah meluahkan isi hatinya terhadap Tyzo namun cintanya tidak berbalas.
Anggapan Tyzo, hubungan mereka cukup sekadar kawan.

#Viral #Penyampai radio #Cinta #hospital #Endoskopi #Tyzo #Lydia #Risau
;