Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Ma I Love You! Buah Tangan Pengarah Ola Bola Sempena Tahun Baharu Cina Sentuh Hati Ibu & Anak

Syafiqah Jalal 18/01/2023 | 03:13 MYT
Pengarah terkemuka Malaysia, Chiu Keng Guan, yang menerajui filem box office The
Journey dan Ola Bola di mana berjaya mencipta fenomena luar biasa dan sehingga kini masih
tersemat di hati semua rakyat Malaysia telah tampil dengan Ma, I Love You! sebuah filem universal yang sangat dekat di hati kita semua.
Filem terbaru beliau ini pasti menyentuh perasaan, mencuit hati dan akan membuat anda tersenyum apabila selesai menontonnya. Ma, I Love You! terbitan Astro Shaw dan Multimedia Entertainment selaku penerbit bersama bakalditayangkan pada 22 Januari 2023 di pawagam seluruh Malaysia.
Istimewa buat rakyat Malaysia, banyak elemen tempatan digarapkan dalam filem ini. Walaupun
sebuah filem sempena Tahun Baru Cina, pelbagai bahasa yang dituturkan dalam filem ini seperti
Mandarin, Kantonis, Melayu, dan Inggeris. Bukan itu sahaja, kehidupan dan situasi yang dekat
dengan masyarakat tempatan juga dipaparkan. Jadi tidak hairanlah Chiu Keng Guan dikenali
sebagai The King of Malaysian Movies, seperti yang dipetik media South East Asian Globe.
Berkongsi pengalamannya mengarahkan filem tersebut, Chiu yang mengambil masa satu bulan penggambaran, mengakui ini adalah sesuatu yang bermakna untuknya kerana dia berpeluang meneroka hubungan ibu bapa dan anak remaja.
"Setiap orang mempunyai cara yang berbeza untuk mencintai seseorang, dan
makna 'pengorbanan' juga berbeza-beza bergantung kepada individu tersebut. Saya merasakan bahawa filem ini menggambarkan pelbagai bentuk cinta dan pengorbanan.
“Saya percaya tidak semua keluarga mudah untuk mengucapkan "saya sayangkan awak" atau
meluahkan rasa sayang antara mereka. Gunakan peluang pada tahun baru ini, berhibur
bersama orang tersayang dengan menonton filem ini di pawagam. Saya berharap ia dapat
menyedarkan kita tentang erti kekeluargaan sebenar,” katanya.
Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina
Raja Arshad menyatakan Astro Shaw berasa sangat gembira sempena tahun baru ini, dapat menghidangkan sebuah filem yang bertemakan kekeluargaan yang sangat menyentuh perasaan, bukan sahaja boleh dinikmati bagi kaum berbangsa cina tetapi khas buat rakyat
Malaysia.
“Chiu sentiasa memastikan setiap filem yang dihasilkannya sangat dekat dengan masyarakat dan bersifat universal yang cukup indah, penuh dengan makna tentang kekeluargaan, kehidupan, impian,
cabaran yang dekat dengan kita semua.
“Kami merasakan ‘Ma, I Love You!’ juga merupakan antara karya terbaik yang pernah dihasilkan oleh pengarah profilik Chiu Keng Guan yang menerapkan nilai murni yang mampu dijadikan pengajaran dan tauladan.
“Harapan kami agar filem ini dapat menghiburkan penonton serta mampu mengeratkan lagi
hubungan kekeluargaan”.
Filem bertemakan kekeluargaan ini mengisahkan Bee Ling, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Qi Qi. Bagi Bee Ling, kehidupannya sangat
bahagia.
Qi Qi adalah segala-gala buatnya sehinggalah Bee Ling mengetahui rancangan rahsia
Qi Qi untuk menyambung pengajian di Perancis. Bee Ling terasa dikhianati oleh anaknya sendiri
dan nekad untuk menghalang hasrat Qi Qi.
Apakah yang akan dilakukan oleh Bee Ling dan berjayakah Qi Qi meneruskan impiannya? Saksikan Ma I Love You! yang bakal berada di pawagam pada Tahun Baru Cina ini.
Ma I Love You! Turut menampilkan dua lagu tema iaitu ‘How Do We Say Goodbye?’ yang dinyanyikan oleh Jess Lee dan sebuah lagu berbahasa Perancis bertajuk ‘Bonjour’ yang digubah oleh Froya.
‘Ma, I Love You!’ dibintangi oleh Ong Ai Leng, Siow Li Xuan, Loh Lai Kan, Felina Cheah dan Phei
Yong. Lebih menarik lagi, penampilan istimewa daripada selebriti popular Malaysia seperti
Hwang Yifei, Siow Hui Mei , Michie Lam, Klay Heng, OkokokMou, Ho YuHang dan Lalala Endy.
Chiu mengajak anda semua untuk “Tunjukkan kasih sayang anda, Saya sayang Ibu dan Ayah!”.
Kempen ini merupakan salah satu usaha bagi mempromosikan filem ini bersesuaian dengan
mesej yang ingin disampaikan.
Salah satu aktiviti yang dijalankan di lokasi pawagam GSC yang terpilih adalah peraduan istimewa “Shout Out Loud Ma, I Love You Contest’ bermula 21 Jan 2023, di mana penonton hanya perlu ke pawagam GSC dan merakam video luahan rasa sayang
anda di tempat yang telah disediakan. Maklumat lanjut boleh ditemui menerusi akaun
Instagram, Facebook, Twitter GSC dan Astro Shaw.
Filem ‘Ma, I Love You!’ mendapat kerjasama dan sokongan daripada beberapa pihak. Coway
sebagai Penaja Utama, McDonald’s dan Seasons merupakan penaja bersama untuk filem ini.
Penaja lain adalah seperti Singapore Airline, Scoot Air dan Alliance Francaise Kuala Lumpur.
Ikuti informasi dan klip terkini filem ‘Ma, I Love You!’ menerusi akaun Instagram, Facebook,
Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak.
#Anak #Pengarah #Ibu #Bola #Ola #& #Hati #Love #Tangan #i #Buah #Sentuh #Ma #You!
;