Laman Utama
“Maaf Kalau Bahasa Saya Kurang Enak” - Akui Teguran Agak Kasar, Sharnaaz Tak Berbalah Dengan Azhar Sulaiman
Sebelum ini tular tentang perselisihan faham antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan Azhar Sulaiman berkaitan tentang isu perang di Palestin.
Terbaharu, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, memaklumkan bahawa dirinya tidak pernah berbalah dengan Azhar Sulaiman.
Menerusi komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz di Instagram sebuah portal hiburan, pelakon filem Polis Evo 3 itu meminta maaf sekiranya bahasa yang digunakan agak kasar semasa menegur Azhar Sulaiman.
“Saya tak berbalah dengan Abang Azhar ya, saya cuma taknak nampak kurang ajar dimata mana-mana pihak.
“Maaf kalau bahasa saya kurang enak, nak buat macam mana dah memang macam tu aku cakap,” tulis Sharnaaz.
Sekadar info, Sharnaaz sebelum ini menegur Azhar selepas pelakon itu mempertikaikan strategi yang digunakan pejuang hamas ketika menentang puak rejim Zionis.
Sumber: Instagram