Berita
“Maafkan Aku Lok U…”- Hiba, Aqasha Dedah Dialog Terakhir Dengan Arwah
Penyanyi Aqasha akui terkilan kerana tidak sempat berjumpa dengan composer dan penerbit muzik terkemuka tanah air, Faizal Uzir atau lebih dikenali dengan nama Lok U sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir pada Rabu, 11 pagi tadi.
Aqasha mendedahkan dialong terakhir Lok U yang berhajat hendak berjumpa dengannya namun ia tidak kesampaian.
“Dialong terakhir arwah pada 14 minggu lalu ‘kita roger-roger dalam masa terdekat ni bro’.
“Maafkan aku Lok...Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kau.
“Kita pasti bertemu lagi. Tak sempat di sini, di kampung abadi kita pasti berdendang lagi Lok U,” tulisnya.
Aqasha berkongsi perkara itu di akaun Instagram(IG) miliknya.
Menerusi entri tersebut dia memuat naik paparan skrin perbualan mereka dalam komen di IG.
Allahyarham difahamkan mengalami sesak nafas selepas pulang dari jogging dan rebah di kediamannya di Puncak Jalil, Seri Kembangan.
Terdahulu, Aqasha turut berkongsi berita pemergian Lok U dalam sebuah entri dan akui sedih dengan kehilangan sahabatnya.