Laman Utama

MAC Gesa Beri Keutamaan Vaksin Kepada Penghidap HIV

Mya Amri
23/02/2021
04:25 MYT
Sponsor Banner
MAC Gesa Beri Keutamaan Vaksin Kepada Penghidap HIV
Majlis AIDS Malaysia (MAC) menggesa kerajaan mewujudkan satu garis panduan khusus memberi keutamaan kepada mereka yang mempunyai gejala penyakit seperti HIV, untuk menerima vaksin COVID-19, lapor AWANI.
Menurut Presidennya Datuk Dr Christopher Lee, program imunisasi adalah untuk memastikan komuniti kelompok diwujudkan dalam komuniti bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19, sekali gus menamatkan pandemik.
"Disyorkan semua mereka dengan HIV menjalani vaksinasi, tanpa mengira turutan CD4 selaras dengan garis panduan antarabangsa.
"Vaksin itu selamat bagi penghidap HIV," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Dengan ketibaan vaksin COVID-19 di Malaysia di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, pihak majlis berpegang pada pengecualian semasa nasional dan antarabangsa yang dibuat oleh pakar perubatan bahawa 'Orang yang Hidup dengan HIV' (PLHIV) boleh mendapat vaksinasi COVID-19 dengan selamat.
Menurut kenyataan itu, sehingga dibuktikan sebaliknya, seharusnya tidak ada sebarang sebab untuk menafikan PLHIV daripada diberikan vaksin.
Foto/Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar