Laman Utama
“Macam Cikgu PJ” - Gelagat Neelofa Pakai Tudung Sarung Ketika Teman Suami Main Futsal Tarik Perhatian Netizen
Selebriti dan usahawan popular Noor Neelofa mencuri perhatian ramai apabila tampil di sebuah gelanggang futsal bagi menemani suaminya, pendakwah bebas Haris Ismail bermain sukan tersebut.
Malah, ramai komen wargamaya tertumpu pada penampilan Neelofa yang mengenakan pakaian sukan berlengan panjang dengan tudung sarung lengkap memakai pelitup muka, comel seperti seorang cikgu pendidikan jasmani (PJ).
Menerusi platform TikTok, seorang pengguna @Nur NLFH berkongsi momen tersebut untuk tatapan umum.
Menerusi perkongsian tersebut, Neelofa bergurau apabila dia menyebut ‘dibayar’ untuk hadir ke gelanggang tersebut bagi menemani suaminya.
“Hahaha mahal pak ustad bayar untuk kehadiran penyokong ni, comey je Lofa,” tulis di kapsyen video tersebut.
undefined
Dalam pada itu, perkongsian video seterusnya menunjukkan Neelofa bersama rakan wanita yang lain setiap menjadi penyokong ketika suami-suami mereka berlawan.
Selain mengatakan bekas pengacara MeleTOP itu seakan cikgu PJ, ruangan komen dipenuhi dengan komen memuji penampilan Neelofa yang kelihatan bersahaja, ringkas dan seperti isteri yang biasa menemani suaminya bermain futsal.
“@girl:kalau orang yang record ni tak mention nama lofaaa, serius tak cam pun tu lofa, nampak lain pulaaaa but still cantikkkkk.”
“@dianaaaaaaaa:First time tengok Lofa pakai macam ni.. Nampak macam cikgu PJ.”
“@F’:Firsr time aku tengok dia pakai tudung sarung. Ingat makcik mana laa tadu alahai comelll.”
“@Iphsywni:Nomell ja ikot pak ustad pegi main futsal supportive betul laa HAHAA.”
“@Murni Zainul:mak mak dah sekarang. bahagia tengok depa.”
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir setengah juta tontonan oleh warga TikTok.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!