Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Macam Dalam K-Drama! Ketua Parti Pembangkang Korea Selatan Ditikam Di Leher Saat Mengadakan Sidang Media

Izwan Isa 02/01/2024 | 03:45 MYT
Pemimpin Parti Pembangkang Korea Selatan, Lee Jae Myung ditikam di leher semasa lawatan ke bandar pelabuhan selatan Busan pada hari Selasa, lapor agensi berita Yonhap.
Difahamkan, Lee diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika melawat tapak pembinaan lapangan terbang. Serangan itu menyebabkan dia kecederaan kira-kira 1 sentimeter di lehernya.
Lapor Reuters, menurut seorang pegawai parti dan pegawai bomba, Lee, yang kalah tipis dalam pilihan raya presiden 2022, masih lagi berada dalam keadaan sedar dan telah dibawa ke hospital universiti tempatan.
Penyerang digambarkan sebagai seorang lelaki dalam lingkungan 50-an atau 60-an, yang memakai mahkota kertas dengan nama Lee.
Lelaki itu mendekati Lee untuk meminta autograf, kemudian tiba-tiba menerjah ke hadapan dan menyerangnya. Penyerang itu segera ditundukkan dan ditangkap di tempat kejadian.
Klip video di televisyen YTN dan satu lagi disiarkan di platform media sosial X viral, selain gambar-gambar Lee terbaring di atas tanah dengan mata tertutup dan orang lain menekan sapu tangan pada bahagian lehernya.
#Korea Selatan #Lee Jae Myung
;