Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

"Macam Darah Anak Dara!" - Vida Jalani Ujian Ovarian Reserve, Hantar Voice Note Tangisan Gembira Kepada Iqbal

Amri Hassan 03/09/2021 | 04:25 MYT
Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi pula sepotong video dirinya menjalani ujian ovarian reserve untuk menguji tahap kesuburannya akhir Ogos lalu.
BACA: Vida Cemas 4 Kali Tak Datang Bulan - "Saya Fikir Di Fasa Pra Menopause, Tapi Mujurlah..."
Kata Vida, menerusi ujian terbabit, dia bersyukur dirinya masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat.
"Bila ada kisah-kisah nak kahwin ni, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah...
"Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan boleh melahirkan zuriat.
"Maka saya buat ujian ovarian reserve, ambil darah untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya.
"Kata doktor, tiada kolesterol pun dalam darah saya. Macam darah anak dara...," ujarnya yang berkongsi sepotong video menjalani prosedur terbabit.

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida)

Dalam perkembangan sama, bekas pembantu peribadi yang turut digosipkan bersamanya, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi sepotong video di Instagram Stories bukti perbualannya bersama Vida.
Dalam video berkenaan, Vida mengirimkan voice note menangis kesyukuran difahamkan selepas menjalani ujian terbabit.
"Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat, beginilah beliau apabila dengan saya. Voice note pagi ini beliau hantar pada saya. Menangis gembira.
"Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau kerana 'mengikis harta' namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat," ujarnya.
#Kahwin #Viral #Datuk Seri Vida #DSV #Kosmetik #Usahawan #Jutawan #Iqbal Zulkefli #Ovarian Reserve
;