Laman Utama
“Macam Kipas Berpusing” - Selepas Sinus & Migraine, Zarina Zainuddin Diserang Vertigo Pula
Baru-baru ini, pelakon Zarina Zainuddin mendedahkan yang dia menjalani pembedahan pada bahagian wajah bagi merawat masalah sinus yang dihadapi.
Terbaharu, Zarina yang juga merupakan seorang usahawan itu mengakui yang dia juga turut mengalami serangan vertigo.
“Assalamualaikum… Selepas sinus dan migraine, saya diserang vertigo. Ya Allah, ni baru saya mandi.
“Vertigo ni saya pernah kena masa saya bersalinkan Adam dulu. Macam kipas berpusing, pejam mata lagi sakit goyang satu kepada,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, menurut Zarina, serangan vertigo yang dialaminya itu sudah semakin berkurangan.
“Alhamdulillah, hari ini dah semakin sembuh. Mungkin saya banyak travel, baru lepas bawa mak saya keluar dari hospital Ipoh balik KL. Saya pula setengah nyawa mengadap... apa pun saya bersyukur Allah bagi sakit dan nikmat,” katanya lagi.
Menerusi portal DocDoc, vertigo merupakan perasaan berputar dan pening apabila seseorang itu berdiri atau duduk. Keadaan ini biasanya menunjukkan gangguan keseimbangan.
Vertigo boleh berlaku secara tiba-tiba dan dalam sesetengah kes, berlarutan sehingga beberapa hari. Kadangkala terapi dan ubat diperlukan untuk mengatasinya, tetapi semuanya bergantung kepada tahap keterukan vertigo yang dirasai.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.