Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Macam Lebih Kurang Period Pain Je” - 14 Jam Layan Kontraksi, Neelofa Kongsi Pengalaman Bersalin Bilal

Syafiqah Jalal 07/02/2022 | 00:50 MYT

Selepas lebih seminggu melahirkan putera sulungnya, Muhammad Bilal, selebriti popular Neelofa mengimbau kembali pengalaman bersalinnya buat pertama kali.

Berkongsi detik mendebarkan serta manis itu, Neelofa memberitahu dia bagai tidak percaya sudah mula rasa kontraksi malah sempat menyamakannya dengan sakit datang bulan yang dialami sebelum ini.

“Masa ni macam tak percaya dan tak boleh digest, betul ke sakit nak beranak ni sebab macam leblih kurang period pain je… (senggugutku sangat ekstrem ya setiap bulan).

“Haris (suami) balik kerja malam tu, terus dia cakap jom kita pergi hospital and i was like… yeke sayang? Kot-kot false alarm. So i started to record setiap kali sakit,” ceritanya.

Isteri kepada pendakwah bebas dan pelakon Haris Ismail atau PU Riz itu berkongsi kisah melahirkan anak pertamanya di InstaStory Instagram miliknya.

Menyambung perkongsian itu, Neelofa memberitahu meskipun tidak pasti dengan apa yang berlaku sekitar jam 1 pagi hari yang sama, dia sudah pun berada di dewan bersalin.

“So by 1 am I dah terbaring di labour room… masih clueless ‘betulke dah nak beranak ni’. Pak Ustad (Haris) buat solat sikit sambil tunggu doktor. Masa ni sampai-sampai dah 2cm,” katanya.

Neelofa berkata dia menahan sakit konstraksi selama 14 jam sebelum puteranya selamat dilahirkan pada hari yang sama jam 3.44 petang

“Teman suami makan breakfast, masa ni dah lebih lapan jam layan contraction dan enam jam kemudian, jam 3.44 petang Allah mudahkan segalanya. Bilal dilahirkan dengan selamat,” tulisnya.

Gembira dengan fasa yang dilaluinya itu, Neelofa bersyukur kerana dikurniakan suami seperti Haris yang sentiasa berada di sisi.

“Sentiasa ada di sisi, terima kasih suamiku. Walaupun mencabar the first five days di hospital, tapi tu antara hari atau momen terindah bersama suami sepanjang berkahwin,” tulisnya lagi.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.

#Neelofa #Bersalin #Haris #PU Riz #Bilal #Kontraksi #Period
;