Berita
“Macam Tu Je Dia Tarik Tangan Yusoff”- Gara-Gara TikTok, Pembantu Rumah Aliff Syukri Dikecam
Sebuah video rakaman TikTok terkini jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dikecam netizen gara-gara anak keempatnya, Yusoff Al-Qardawi, 2, dilihat seperti diabaikan oleh pembantu rumahnya.
Dalam video Tik Tok tersebut, Aliff bersama ketiga-tiga anaknya dan pembantu rumah sedang asyik melakukan tarian dan kelihatan pembantu rumahnya menarik tangan Yusoff sehingga terjatuh ke bawah kemudian melepaskannya untuk menyambung tarian.
Video tersebut telah mendapat banyak kecaman dari warga maya serta pengikut akaun TikTok miliknya yang rata-rata berang dengan tindakan pembantu rumah dan Aliff pula seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku.
“Adoi kasihan betul lah dekat Yusoff tu mesti sakit tangan,” kata salah seorang netizen.
“Kau ni, buat TikTok pun jaga lah anak tu,” marah salah seorang warga maya.
“Macam tu je dia tarik tangan Yusoff,” komen salah seorang pengikutnya.
Dalam masa yang sama ada juga netizen yang mempertikaikan mengapa Aliif memuat naik video itu kerana seolah-olah sengaja mahu mengundang kecaman.
“Sebelum nak post dekat TikTok tu tak fikir dulu ke? Bila kena kecam baru tanya kenapa,” tegur salah seorang netizen.
“Sengaja ke apa nni nak kene kecam?,” persoal salah seorang pengikut TikTok.
Aliff berkahwin dengan Datin Seri Shahida pada Ogos 2007.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah.