Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Mahalini Masih Belum Peluk Islam, Sule Tak Mahu Paksa Rizky Febian Berpisah

Maliah Surip 08/03/2023 | 01:50 MYT
Kisah asmara di antara penyanyi Rizky Febian dengan Mahalini terus menjadi sorotan media tempatan.
Hal itu kerana pasangan ini diketahui mempunyai kepercayaan atau agam yang berbeza. Anak kepada pelawak Sule yang cukup digilai banyak wanita itu diketahui memeluk agama Islam.
Mahalini atau nama Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja yang lahir di Bali pula merupakan seorang penganut Hindu.
Sule yang terus diasak dengan persoalan mengenai beza agama pasangan kekasih itu memberitahu tidak mempunyai hak untuk bercakap lebih tentang itu.
Dia percaya, baik Rizky dan Mahalini sudah cukup dewasa untuk sedar mengenai keputusan yang diambil dan bagaimana kesan yang akan diterima kelak. Dan sebagai ayah, dia tidak akan memaksa anaknya untuk meninggalkan Mahalini.
“Itu (agama) urusan mereka kerana yang menjalaninya mereka. Biar mereka yang menguruskannya.
"Nanti mereka tahu mengenai kesannya. Kita sebagai orang tua tidak boleh memaksa mereka berpisah,” kata Sule seperti dilaporkan Detik.com.
Tambahnya, dia ingin melihat kedua-dua mereka menguruskan perjalanan asmara dengan sebaiknya, termasuk menikah.
“Saya serahkan semuanya kepada mereka kerana baik Rizky mahupun Mahalini kedua-duanya sudah matang. Mudah-mudahan segera nikah kerana takut lama-lama nanti akan muncul pihak ketiga, takut ada syaitan,” katanya lagi.
Rizky kini berusia 24 tahun sementara Mahalini, 22.
#Viral #Indonesia #Islam #Rizky Febian #Agama #Mahalini
;