Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Mahu Anak Khatam Quran Umur 6 Tahun, Sheikh Muszaphar Mula….

Syafiqah Jalal 08/03/2021 | 01:27 MYT
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar memaklumkan anak lelaki kembarnya Adam dan Noah yang kini berusia tiga tahun sudah mula mengaji Iqra.
Kata Sheikh Musaphar, beliau menggunakan kaedah Baghdadi kepada anak-anaknya itu.
“Kembar ini sudah mula mengaji.
“Adam dan Noah sekarang usia tiga tahun lebih dan sangat penting untuk mula membaca dan mengajar Iqra kepada mereka.
“Kami pilih kaedah Baghdadi seperti yang telah terbukti keberkesanannya,” katanya.
Muszhaphar berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut beliau memuat naik foto anak kembar sedang belajar mengaji.
Menurut Muszaphar, beliau target anak kembarnya itu untuk khatam al-Qruan seawall usia enam tahun.
“Target supaya mereka boleh khatam ketika usia 6 tahun sama seperti kakak mereka Bella dan Tasha insya-Allah,” luahnya lagi.
Dr. Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Dr. Halina pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

A post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar)

#Anak #Kembar #Al-Quran #Sheikh Muszaphar #Khatam #Angkawasan
;