Viral

Mahu Cuba Bantu Mangsa Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Caprice Dah ‘Contact’ Kim Seri - “Bagi Saya, Dia Ibarat Gali Lubang Baru Untuk…”

Asyikin Mayudin
18/12/2024
21:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Cuba Bantu Mangsa Kes 'Tipu' Trip Ke Korea, Caprice Dah ‘Contact’ Kim Seri - “Bagi Saya, Dia Ibarat Gali Lubang Baru Untuk…”
Penyanyi Rap Caprice mendedahkan dia menerima banyak mesej di Instagram mengenai kes pempengaruh dan usahawan, Kim Seri didakwa menipu trip pakej pelancongan di Korea.

Sudah hubungi

Caprice memberitahu dia sudah menghubungi Kim Seri namun usahawan itu memilih untuk tidak memberi penjelasan mengenai apa yang terjadi kepada semua wang bayaran yang dibuat oleh pelanggannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tertipu Pakej Travel Ke Korea Selatan TikToker Popular, 10 Pelanggan Buat Laporan Polis - "Kami Rasa Diperdaya"

“Ramai dah DM Cap fasal kes Kim Seri… Cap sempat hubungi dengan dia untuk dapat penjelasan dan cuba bantu mangsa-mangsa. Cuma dia tak nak beri penjelasan apa yang terjadi kepada semua duit pelanggan.

“Bagi cap, dia ibarat gali lubang baru... untuk cover lubang lama. Guna duit pelanggan baru, untuk bayar balik pelanggan lama. Cashflow business dah tak ada.

“Jadi dia cuba rolling dengan bayaran daripada pelanggan,” kata Caprice menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya.

Pinjaman MARA

Pada perkongsian yang sama, Caprice sempat berseloroh meminta Kim Seri untuk mencuba nasib memohon pinjaman daripada pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA).

“Cap harap kes ni dapat selesai cara mudah tapi apa yang saya lihat secara realiti, dia akan memerlukan pinjaman untuk mulakan semula perniagaannya.

“Dan kemudian bayar semula duit semua pelanggannya. Cuba Kim tanya MARA atau apply pinjaman MARA mana tahu boleh bantu dapat pinjaman,” katanya lagi.
Kim Seri memohon maaf kepada pelanggan terkesan dengan trip pakej pelancongan yang tertunda di bawah syarikat miliknya.

BERITA TRENDING: Servis Pelancongan Didakwa Teruk, Kim Seri Mohon Maaf, Janji Perbaiki Kualiti - “Setelah Jadi Ibu Tunggal, Saya Agak Burn Out…”

Kim Seri, 39, atau nama sebenarnya Seri Azlina memberi jaminan akan menyelesaikan tunggakan wang kepada pelanggan yang terbabit sebelum atau pada 1 Februari tahun depan.
Menurut Kim Seri, dia juga berjanji akan memikul tanggungjawab sehingga selesai dan memohon kerjasama serta kefahaman semua pihak.
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024