Berita

Mahu Dapatkan Rawatan Di Hospital, Kanak-Kanak Ditandu Sejauh 1 Kilometer

Gempak
18/08/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Mahu Dapatkan Rawatan Di Hospital, Kanak-Kanak Ditandu Sejauh 1 Kilometer
Sebuah klip video tular di media sosial di Indonesia memaparkan dua penduduk tempatan terpaksa mengusung seorang kanak-kanak sejauh 1 kilometer untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Kejadian berlaku di Kampung Kramat Sukoharjo, Jember, dalam wilayah Jawa Timur.

Terpaksa Harungi Pelbagai Cabaran

Rakaman yang tersebar di aplikasi WhatsApp memaparkan mereka terpaksa mengharungi jalan yang curam dan berbatu.
Menurut penduduk dikenali sebagai M Soleh, kanak-kanak berusia sembilan tahun itu mengalami masalah usus, menyebabkan dia tidak mampu berjalan mahupun didukung.

BERITA TRENDING: Capai Penggunaan Hampir 83%, Tanah Perkuburan Islam Kuala Lumpur Hanya Bertahan 5 Tahun Lagi

​BERITA TRENDING: Gara-Gara Makan Ubat Dari Bidan, Gadis 13 Tahun Ini Buta Kedua Mata!

BERITA TRENDING: Kucing Disangka Hilang, Rupa-Rupanya Dibaham Harimau Akar!

BERITA TRENDING: Sudahlah Terpaksa Usung Jenazah Lalu Jambatan Uzur, Penduduk Juga Terpaksa ...

Lebih teruk apabila tiada laluan lain untuk pergi ke hospital Jatiroto di Lumajang, selain jalan tersebut.

“Gadis itu terpaksa diusung kerana jalan itu berbatu dan tidak dapat diakses oleh kenderaan.

“Dia tidak mampu berjalan dan didukung kerana perutnya sakit. Dia dibantu oleh jiran tetangga dan berjalan sekitar 1 kilometer sehingga adanya ambulans,” kata M Soleh.
Sumber: Kosmo!
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar