Laman Utama
“Mahu Dia Cari Kebahagiaan Yang Diimpikan…”- Selepas 12 Tahun Bersama, Hasnol Sah Cerai Talak 1
Penyanyi Hasnol Hassan Ariff, 52, isterinya, Marina Mohin sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Syariah Bangi, Selangor, pada jam 12.18 tengah hari tadi.
Hasnol yang juga Bintang Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) bersyukur kerana akhirnya ia selesai dengan baik.
“Alhamdulillah, semuanya selesai dengan baik. Tiada permusuhan dan insiden tak diingini sebab kami dah terima kenyataan tak dapat hidup bersama lagi.
“Seumpama tiada rasa sakit,” katanya kepada Astro Gempak.
Pelantun lagu Laguku Untukmu itu dihubungi Gempak selepas kes perceraiannya.
Dalam pada itu, Hasnol sempat memberi pesanan ikhlas buat Marina yang telah menjadi isterinya selama 12 tahun.
“Saya cuma mahukan dia juga cari kebahagiaan yang diimpikan,” luahnya.
Hasnol yang berkahwin dengan Marina pada 2010 dan mempunyai seorang anak iaitu Haneesa Maisara yang kini berumur 11 tahun.
Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, dia dikurniakan tiga anak iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.
Pada 2015 sebuah portal hiburan melaporkan rumah tangga pasangan ini yang bergolak pada awal tahun itu kembali pulih seperti sedia kala.
Ia berikutan mereka sepakat untuk menyelesaikan kemelut yang dialami secara baik dan memulakan kehidupan baharu.