Berita

Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini

Gempak
17/07/2024
09:25 MYT
Sponsor Banner
Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Ibu, Ini Fakta Menarik Tentang Suspek Kes Bunuh Farah Kartini
Berita mengenai penemuan mayat seorang wanita bernama Nur Farah Kartini di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada Isnin menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Tragedi menyayat hati itu menjadi perhatian umum disebabkan mangsa yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipercayai telah dibunuh.
Penahanan seorang lelaki yang juga anggota polis, bertugas di Kontinjen Perak dipercayai sebagai suspek, menambahkan lagi kemarahan orang awam yang menganggap kes pembunuhan tersebut tidak sepatutnya berlaku.
Berikutan merupakan fakta mengenai suspek kes bunuh Nur Farah Kartini;
#1. Berpangkat Lans Koperal & 5 Tahun Bertugas Bersama PDRM
Menerusi laporan media, suspek adalah anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berpangkat Lans Koperal. Suspek yang berusia 26 tahun itu sudah lima tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM dan kini bertugas di Balai Polis Slim River, Perak.
#2. Ada Perniagaan Sewa Kereta
Suspek turut mengusahakan perniagaan kereta sewa dan menuruk bapa suspek yang juga seorang petani berusia 64 tahun, anaknya memberi peluang kepada mangsa untuk menguruskan bisnes tersebut sebagai pendapatan sampingan.
#3. Ada isteri & Anak Lapan Bulan
Suspek yang juga anak kelapan daripada 10 beradik itu didakwa sudah berkahwin, malah mempunyai seorang anak yang kini berusia lapan bulan. Menerusi laporan media, suspek juga pernah sempat pulang ke rumah mentuanya di Kampung Pulau Melaka pada Rabu minggu lalu untuk berjumpa dengan isteri serta anaknya itu.
#4. Anak yang bertanggungjawab
Menerusi laporan Sinar Harian pada Selasa, bapa kepada suspek turut mendedahkan anaknya seorang yang baik dan bertanggungjawab. Dalam kalangan adik-beradiknya, dia dan seorang lagi kakaknya yang bekerja dalam sektor kerajaan.
#5. Sempat Mohon Maaf
Bapa suspek turut memberitahu wartawan, suspek telah menghubunginya untuk memohon maaf sebelum ditahan polis pada Isnin. Suspek juga sempat pulang ke rumah bapanya itu di Jasin, Melaka pada Khamis lalu dan ketika itu, anaknya kelihatan kusut dan tidak ceria seperti kebiasaan.
#6. Dakwa Diugut Mangsa
Bapa suspek mendakwa berdasarkan apa yang diceritakan oleh menantunya, suspek dan isteri pernah diugut oleh mangsa, dan telah membuat laporan mengenainya dengan membawa beberapa bukti berkaitan.
#7. Direman Atas Tuduhan Bunuh
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Nurul Mardhiah Mohammed Redza pada Selasa mengeluarkan perintah tahanan reman terhadap suspek selama tujuh hari sehingga 22 Julai 2024 bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
#8. Mahu Dikebumikan Sebelah Kubur Arwah Ibu
Menurut bapa mangsa, suspek pernah mengikuti kursus pengurusan jenazah pada awal Julai lalu. Ketika itu, suspek menawarkan diri untuk dikafankan, malah meminta untuk dikebumikan di sebelah kubur arwah ibunya sekiranya dia meninggal dunia. Bapa suspek juga reda dengan hukuman ke atas anaknya jika didapati bersalah.
Sumber - Kosmo, Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024