Berita
Mahu Lebih Dekat Dengan Pelanggan, Astro Bawa Pengalaman Baharu Menerusi Jelajah Hello
Astro terus membawakan pengalaman baharu untuk lebih dekat kepada pelanggan menerusi Jelajah Hello di seluruh di bandar di Malaysia.
Jelajah Hello
Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran Astro, Tai Kam Leong berkata pelanggan berpeluang bertemu secara langsung dengan watak televisyen kegemaran, berinteraksi dengan selebriti dan mengalami sendiri tawaran kandungan yang luas serta produk terkini Astro termasuk Ultra Box, Astro Fibre dan Astro Go.
"Pada hujung minggu ini, dari 21 hingga 23 Jun, kami akan ke Putrajaya dan acara Hello Putrajaya akan sangat menarik. Terdapat banyak persembahan dan aktiviti untuk seisi keluarga.
“Tetapi saya rasa sorotan sebenar adalah pada 22 Jun apabila kami mengalu-alukan sesi 'meet and greet' dengan Merqeen dan Erysha Emyra.
"Selain itu, akan ada persembahan daripada peserta pertandingan The Hardest Singing seperti Ayda Jebat dan banyak lagi yang akan turut hadir pada masa yang sama.
“Saya juga percaya Aepul Roza dan Aisha Retno akan turut serta. Saya harap ramai yang akan datang, jadi sila datang ke Putrajaya hujung minggu ini, nikmati Astro yang baharu, dan ucap Hello kepada kami semua," katanya.
17 Kenderaan Baharu
Beliau berkata demikian selepas acara pelancaran Hello Astro Fleet terdiri daripada 17 kenderaan baharu yang akan menjelajah ke pelbagai negeri di seluruh Malaysia.
Kenderaan-kenderaan ini akan menawarkan cara mudah untuk pelanggan mengetahui mengenai perkhidmatan Astro dan melakukan urusan seperti menaik taraf ke Ultra Box, pertanyaan teknikal dan pendaftaran Astro.
"Kami komited untuk terus meningkatkan pengalaman pelanggan kami, dan pelancaran Armada Hello Astro serta acara Hello kami adalah langkah ke hadapan dalam menyediakan lebih banyak nilai kepada pelanggan dengan perkhidmatan yang mudah dan peribadi," kata Kam Leong lagi.