Mahu Nad Zainal Segera Sembuh, Nor Khiriah Tak Sabar Nak Kongsi Sesuatu; “Nanti Dah Sihat, Banyak Benda Yang Akak Nak Share…”
Pelakon Nor Khiriah menjelaskan dirinya antara individu yang turut terkejut apabila mendapat khabar berita mengenai pelakon Nad Zainal yang di masukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Selasa.
Menganggap perkara tersebut berlaku secara tiba-tiba, Khiriah berkata dirinya tidak sabar untuk melihat pelakon Cina Buta itu kembali sembuh kerana ada hal yang ingin dikongsikan bersama aktres berkenaan.
“Nad nanti dah sihat, banyak benda yang akak nak share dengan Nad. Akak tak sempat nak share apapun sebenarnya, pada akak semua secara tiba-tiba, Nad pakai tudung pun tiba-tiba bila Allah nak bagi Hidayah.
“Nad sakit macam ini pun tiba-tiba, bukan akak je terkejut rasanya ramai yang terkejut, Nad rajin update IG, tiba-tiba akak tengok Nad senyap rupanya Nad bertarung nyawa,” kongsinya menerusi satu muat naik di Instagram.
Dalam pada itu, Khiriah turut berkongsi momen perbualannya bersama aktres berkenaan mengenai impian mereka untuk bergandingan dalam sebuah nashkah yang sama.
“Kita bekerja hanya dua hari dalam #mataharitakbercahaya tapi akak selesa gila dengan Nad, baju-baju shooting cerita tu banyak Nad bagi akak dengan tudung-tudung sekali. Nad baik ramai sayang. Bertali arus kawan-kawan datang ziarah Nad, akak tahu Nad kuat.
“Impian untuk kerjasama, Nad cakap akak jadi bini nombor satu atau dua, nak cerita feeling-feeling ustaz ada bini empat, belum jadi tau. Angan-angan kita orang berdua bila borak.
“Nad bangun tau, Allah sayang sangat dekat Nad. Lepas sahaja berhijrah, Allah uji Nad sekuat ini, sebab Allah tahu Nad mampu. Satu Malaysia doakan Nad. Bangun ya dik, kan dah cakap nak kopi-kopi sama-sama nanti dengan kak Azza Elite,” tambahnya.
Terdahulu, berita mengenai Nad dimasukkan ke ICU dan berada dalam keadaan kritikal dimaklumkan oleh rakan pelakon Ungku Ismail.
Nad terpaksa ditidurkan selama dua hari selepas dimasukkan ke ICU susulan mengalami paru-paru berdarah.
Sementara itu, malam tadi, ayah kepada Nad, Zainal Abidin memaklumkan anaknya kini berada dalam keadaan baik berbanding dua hari lepas.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.