Hiburan
Maid Sentap Kena Marah Dengan Zaquan, Punca Lari Dari Rumah - "Mereka Tidur, Biarkan Mak Masak, Dengan Baju Berlonggok"
Suami kepada pelakon jelita Ayu Raudhah, iaitu Zaquan Adha mendedahkan dua pembantu rumahnya yang melarikan diri malam tadi sempat mencuri kepingan duit raya yang disimpannya di rumah.
Jelas Zaquan, dia hanya menyedari kehilangan kepingan wang kertas itu selepas memeriksa keadaan rumah selepas kedua-dua pembantu rumah dipercayai dari Indonesia itu menghilangkan diri.
“Duit tu sebenarnya not duit kertas RM10, tebal juga tapi saya tak ingat ada berapa keping. Duit tu baki duit raya tahun lepas untuk kita agihkan pada anak-anak kecil yang datang rumah.
"Hanya duit sahaja yang hilang. Barang kemas dan lain-lain setakat ini tiada yang diambil," katanya kepada Gempak.
Melanjutkan bicara, Zaquan beranggapan kedua-dua pembantu rumah yang melarikan diri itu berpunca daripada dia meninggikan suara beberapa hari lalu.
"Sebenarnya memang saya dan adik beradik bergilir-gilir jaga emak, kebetulan rumah emak dekat dengan rumah saya.
"Waktu saya tiba di rumah emak tengah hari semalam, saya lihat dua-dua mereka sedang tidur. Bila pergi dapur saya tengok emak pulak sibuk mengemas dan memasak. Sedangkan dia tengah tak sihat. Mana saya tak 'berangin'.
"Saya memang jarang marah dan tak pernah marah macam ini. Tapi hari tu saya betul-betul tak tahan bila tengok dah tengah hari mereka tak bangun-bangun. Memang saya mengamuk hari itu," kata Zaquan.
Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis pada petang ini di Seremban, Negeri Sembilan.
Terdahulu, Ayu dan kakaknya, Rozita Che Wan berkongsi khabar dua pembantu rumahnya yang melarikan diri lewat malam tadi menerusi hantaran di Instagram.
Jelas Ayu kepada Gempak, kedua-dua pembantu rumah itu baru diambil bekerja.