Main Indoor Playground Sampai Melompat, Badan Tunggang Terbalik, Netizen Dakwa Ira Kazar Tak Hamil
Sebelum ini timbul khabar angin yang mendakwa isteri kedua kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof iaitu pelakon Ira Kazar dikatakan telah hamil.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai berita tersebut seakan terjawab selepas Ira berkongsi sepotong video yang memperlihatkan dia sedang bermain permainan indoor playground di Instagram Stories miliknya baru-baru ini.
Pada perkongsian tersebut, Ira dilihat begitu gembira dan teruja bermain permainan berkenaan sambil ditemani beberapa ahli keluarga.
Sementara itu, video tersebut telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna di laman TikTok sehingga menarik perhatian wargamaya.
undefinedRata-rata wargamaya sepakat mengatakan bahawa Ira sebenarnya tidak hamil apabila dia dilihat masih boleh melompat ketika bermain permainan tersebut.
“Mana ada dia mengandung kalau dah lompat macam tu,” kata seorang netizen.
“Tak macam orang mengandung pun haha,” kata seorang warganet.
Pun begitu, masih ada segelintir wargamaya yang menganggap Ira benar-benar hamil dengan meninggalkan komen yang mendoakan kesihatan Ira dan anak dalam perutnya.
“Comelnya bakal ibu, semoga ibu dan anak dalam kandungan sihat sejahtera,” kata seorang wargamaya.
“Bagus dia ni mengandung pun aktif, terlompat lompat, kuat baby dia tak jatuh pun kan,” ujar seorang netizen.
Terdahulu, ayah kepada Syamsul, Datuk Yusof Haslam enggan mengambil peduli mengenai berita Ira yang dikatakan sudah hamil.
Malah, jelas Yusof, dia tidak mahu lagi mengulas mengenai isu yang terkait dengan Syamsul dan Ira.
BACA: “Ira Kazar Hamil? Saya Tak Tahu & Tak Mahu Tahu…” - Yusof Haslam
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.