Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Main Ular, Jatuh Dalam Lubang, Berlumpur..” - Walaupun Penakut, Nora Danish Sahut Cabaran Berlakon Cerita Thriller

Azwa Rahman 21/01/2022 | 02:52 MYT
Pelakon jelita Nora Danish mengakui dirinya seorang yang penakut tetapi tetap mencabar diri untuk membawakan watak Syuhada, seorang gadis yang terperangkap di dalam hutan.
Menurut Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 40, antara beberapa aksi lasak yang perlu dilakukannya bagi menjayakan watak Syuhada ini adalah dia perlu memegang ular, jatuh ke dalam lubang setinggi 15 kaki dan diseliputi lumpur.
“Nora memang tak suka ular, Nora takut dengan apa jua benda yang boleh membunuh kita. Tapi Nora cakap dengan diri Nora, this is the only time dapat watak ni, kalau in real life memang Nora tolak. Bila berlakon, kita diberi tanggungjawab, nak tak nak memang kena buat juga.
“Nora pegang ular, jatuh dalam lubang, bermain dengan lumpur, memang sebelum masuk shooting tu mindset Nora dah fikir segala kemungkinan yang buruk ia sebab boleh kita prepare jika sesuatu berlaku. Memang mencabar diri la shooting kali ni,” ujar Nora ketika ditemubual.
Nora ditemui ketika sesi temubual telefilem Survival 486 yang diadakan secara maya pada Rabu.
Telefilem Survival 486 ini diangkat daripada sebuah kisah benar adik Maisarah yang terperangkap selama 19 hari di Gunung Tahan.
Tambah Nora lagi, dia bersyukur apabila tidak dikacau oleh sebarang gangguan mistik meskipun ada beberapa babak yang memerlukan dia menjerit-jerit di dalam hutan.
“Alhamdulillah kami juga tidak berdepan sebarang perkara mistik sepanjang shooting dan selepas shooting. Penjaga di sana ada memaklumkan bila Nora balik, ambil wuduk sebelum tidur dan Nora amalkan benda tu.
“Selain mencabar dari segi cuaca, setiap hari Nora ke set dengan baju yang basah, berlumpur, kasut basah, stoking walaupun tukar, everything semua dalam keadaan yang basah. Sebab kami berlakon dalam mata air dan di Perlis pula waktu tu mendung sepanjang hari jadi tak sempat nak keringkan baju. Geli tapi itu berlakonkan, kena la buat.
“Korang semua kena tengok cerita ni sebab menunjukkan watak seorang wanita yang mengalami depresi dan trauma dalam hidup tapi dia tetap cekal untuk meneruskan kehidupan dan bagi sesiapa yang mungkin boleh relate dengan kisah ni, kena tengok cerita ni.
“Nora pun dah lama tak berlakon, harapnya apa yang Nora cuba sampaikan dalam cerita ini boleh diterima,” jelasnya lagi.
Selain Nora, telefilem ini turut dibintangi pelakon handalan seperti Redza Rosli, Lydiawati, Ezany Nizariff dan ramai lagi.
Survival 486 mengisahkan Syuhada, gadis yang naif dan mencintai alam telah bersetuju untuk melakukan aktiviti hiking bersama kawan-kawannya di Bukit Damai pada hujung minggu.
Namun, pada hari kejadian, Syuhada merasa pelik apabila kawan kawanya tidak muncul. Menyangkakan kawan kawannya telah memulakan pendakian, Syuhada pun masuk ke hutan dan berjalan seorang diri.
Malang menimpa apabila dia jatuh ke dalam satu lubang yang berkedalaman 15 kaki dan dia tidak mampu keluar dari lubang itu.
Tonton Survival 486 pada 22 Januari ini, jam 9 malam di saluran Astro Citra.
#Nora Danish #Maisarah sesat Gunung Tahan #Survival 486
;