Laman Utama

Maintain Fit & Kacak Biarpun Sudah Berusia, Rupanya Ini Yang Diamalkan Jamal Abdillah...

Asraf Aided
22/01/2022
07:30 MYT
Sponsor Banner
Maintain Fit & Kacak Biarpun Sudah Berusia, Rupanya Ini Yang Diamalkan Jamal Abdillah...
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah sememangnya dikagumi ramai, bukan sahaja vokal yang kekal mantap berpuluh tahun, penampilan dirinya juga masih kacak, 'fit', dan bergaya biarpun usia bakal memasuki 63 menjelang Mei tahun ini.
Menurut penyanyi lagu Aku Penghibur itu, usaha diri sendiri amatlah penting demi untuk mengekalkan nama dalam industri.
Justeru, aspek pemakanan sentiasa dititikberatkan sejak zaman mudanya lagi.
"Kita kena usaha itu yang penting, kita pun mahu kekal dalam industri ini, sudah tiada lagi saluran lain.
"Memandangkan ini saja saluran yang ada maka kena jaga jangan sampai hilang. Dari segi pemakanan, saya memang makan secara bersederhana saja.
"Selain itu, jauhkan makanan berminyak, manis-manis dan yang mengandungi garam tinggi, bukan tak boleh makan langsung, tapi ambillah dalam keadaan yang terkawal. Itulah yang saya amalkan sejak zaman muda hingga sekarang," kongsinya bersama Gempak.
Sementara dari segi menjaga suara pula, Jamal akui minuman berais akan memberi kesan kurang baik terhadap nyanyian terutamanya jika menyanyikan banyak lagu.
"Lagi satu, untuk suara pula, eloklah elakkan minuman berais. Nampak secara zahirnya tiada apa sangat, saya pun kadang-kadang minum juga minuman berais.
"Tapi kesannya tidak baik, biasanya kalau menyanyi memang tak boleh bertahan lebih daripada enam atau tujuh lagu, suara akan menjadi parau kerana kotak suara itu terganggu," katanya lagi.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar