Hiburan
“Mak Aih, Elsa Lelaki” - Ismail Izzani Tampil Berambut Tocang
Penyanyi Ismail Izzani mencuri tumpuan wargamaya dengan imej terbarunya, berambut tocang kelabu.
Menerusi laman sosial Instagram (IG), Ismail berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.
“Suka rambut baru saya,” tulis Ismail ringkas sebagai kapsyen.
Menerusi IG storynya juga, dia turut memuat naik foto rambut yang sama tetapi dengan gelaran Mael Eilish.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya menyamakan rambut palsu berbentuk tocang tersebut seperti Elsa, salah satu watak popular Disney Frozen.
“Hok aloh, Elsa ke ni?” tanya seorang wargamaya.
“Stop la being so cute Mael oit,” usik seorang wargamaya.
“Hmm, murung aku tengok, tapi takpelah,” komen seorang wargamaya.
“Astaga Mail, macam Anabelle,” kata seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 32,000 tanda suka daripada wargamaya.