Laman Utama
Mak Cik Kemboja Akui Dalam Keadaan Baik - “Kenapa Aku Nak Menangis Tentang Dunia?”
Usahawan kontroversi, Mariyah Yaakob atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja memberitahu yang dia berada dalam keadaan yang baik.
Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Mak Cik Kemboja menyifatkan apa yang berlaku adalah ketentuan daripada Allah SWT.
BERITA TRENDING: Tak Mengaku Salah Hina Melayu, Mak Cik Kemboja & Anak Bayar Jamin RM25,000
“Ibu alhamdulillah. Cuma, macam mana nak cakap… Apa yang terjadi dalam hidup ni Allah dah tulis, Allah dah tetapkan.
“Jadi, ibu didik diri ibu, apa yang Allah bagi itu Allah tahu ibu mampu. Tak pernah sesekali ibu tak didik diri ibu untuk pertikaikan kenapa Allah bagi aku benda ni. Ibu anggap apa yang jadi sebab Allah sayang kita,” katanya.
undefined
Dalam masa sama, Mak CIk Kemboja turut mendedahkan yang ada dalam kalangan pelanggannya menghantar DM dan mendoakan dirinya supaya kuat dan sabar.
“Macam tadi masa ibu buat live, ibu rasa sebak… kalau ikutkan memang nak menangis. Tapi, ibu kata dalam diri ibu, kenapa aku nak menangis tentang dunia? Aku kena menangis tentang akhirat aku,” katanya lagi.
Mak CIk Kemboja turut memohon maaf kepada anaknya, Ezuan yang turut terjerat dalam kontroversi yang dicetuskannya sebelum ini.
BERITA TRENDING: Mak Cik Kemboja Dipanggil IPK Melaka
Terdahulu, Mak Cik Kemboja dikritik netizen kerana mengeluarkan kenyataan mendakwa kaum Melayu sebagai pemalas.
Sumber: TikTok