Laman Utama

“Mak Dah Pergi Dulu… Bapa Lah Kekuatan Buat Diriku” – Kesihatan Merosot Ebit Lew Mohon Doakan Bapa

Mya Amri
19/04/2021
00:55 MYT
Sponsor Banner
“Mak Dah Pergi Dulu… Bapa Lah Kekuatan Buat Diriku” – Kesihatan Merosot Ebit Lew Mohon Doakan Bapa
Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan bapanya.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnhya, Ebit memaklumkan keadaan kesihatan bapanya semakin merosot sejak tiga bulan lalu.
“Doakan yer. Semoga bapa saya sihat sentiasa. Dah tiga bulan ni kesihatannya merosot. Tak boleh makan sangat dan tak gerak ke mana-mana.
“Atas katil je. Rindu ayah teramat sangat. Seorang ayah yang kerja siang malam. Tak reti berehat dari muda demi keluarga. Hidupnya bahagia memberi sesuatu buat isteri dan anak-anak.
“Seorang ayah yang lupa dirinya. Di mata dan hatinya hanyalah kebahagiaan buat isteri dan anak-anak. Hari-hari bercinta dengan mak,” tulisnya.
Meluahkan rasa bimbang, Ebit mengakui sedih melihat keadaan bapa kesayangannya yang merupakan sumber kekuatan buat dirinya selama ini.
“Menghargai mak macam remaja bercinta. Melihat dirinya sakit membuat hati saya amat sedih dan gelisah.
“Ya Allah berilah kesihatan buat bapa. Berilah semangat dan kekuatan buat dirinya. Saya berada di sini sekarang asbab doa dan kasih sayang ibu dan bapa saya ini. Mak dah pergi dulu. Bapa ku inilah kekuatan buat diriku,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen hantaran berkenaan, pelakon Nur Fazura juga turut mendoakan kesejahteraan bapa dermawan terkenal itu.
“Di doakan, Insya-Allah mudah-mudahan ayah sembuh, sihat dan cergas serta dilanjutkan usia. Amin,” tulisnya.
Ebit sebelum ini terkenal dengan sikap menyantuni golongan memerlukan dan menyalurkan bantuan sehingga ke Afrika dalam misi bantuan kemanusiaan.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar