Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Mak Paling Banyak Nasihat, Ingatkan Saya Tentang Zakat” - Siti Nurhaliza

Izwan Isa 16/11/2023 | 00:55 MYT
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza disebut sebagai penyanyi dengan sumbangan tertinggi menerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS).

BERITA TRENDING: Siti Nurhaliza Tangguh Konsert, Gantikan Persembahan Amal Demi Palestin

Hal tersebut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohd. Sabirin Mohd. Sarbini menerusi satu wawancara Bizjihad yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook rasmi LZS baru-baru ini.
Siti yang turut dijemput sebagai tetamu pada wawancara itu berkata, kewajipan menunaikan zakat telah dipupuk oleh ibu dan bapanya sejak zaman kanak-kanak lagi.
Saya bertuah sangat sebab dari kecil, saya dididik oleh ibu bapa (mengenai zakat). Mak paling banyak nasihat saya tentang zakat.
Sehingga sekarang, apabila saya ada pendapatan, saya tolak awal-awal. Apa sahaja saya pendapatan saya, saya asingkan.
“Sebab itu buatkan saya rasa ini adalah tanggungjawab setiap orang, syarikat dan setiap kita beragama Islam. Kita kena ingat perkara itu.
“Kalau kita mahu harta kita bersih daripada perkara-perkara yang tidak diingini, kita kena selalu ingat untuk berzakat,” katanya.
Sumber: Facebook LZS
#Siti Nurhaliza #Zakat #Lembaga Zakat Selangor
;