Berita
"Mak Saya Kena Stroke, Tekanan Darah Tinggi..." - Hairul Azreen Minta Doakan Ibunya
Dalam satu perkongsian di Instagram miliknya awal pagi tadi, hero filem Paskal, Hairul Azreen berkongsi sekeping gambar ibunya yang sedang berehat di hospital.
Pada perkongsian tersebut, Hairul memberitahu ibunya mengalami stroke serta tekanan darah tinggi.
"Mak saya kena stroke, tekanan darah tinggi. Doa mak saya sihat. Lepak berdua dengan mak kat hospital," tulis Hairul Azreen pada kapsyen gambar tersebut.
Difahamkan, ibu Khairul Azreen, Habsah Desa telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court sejak empat hari lalu.
Ramai teman selebriti dan peminat yang turut mendoakan kesihatan ibu Hairul Azreen.
Hairul Azreen Idris berkahwin dengan Hanis Zalikha pada 8 Jun 2015 dan mereka kini telah dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.