Hiburan
"Makan Ayam Goreng Peha, Patah Dua Dengan Kawan” - Susah Payah Asfan Bina Nama Dalam Bidang Muzik
Penyanyi dan komposer Asfan Shah menceritakan pengalaman dirinya membina nama dalam bidang hiburan.
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sumpah Cintaku ini berkongsi luahan hatinya menerusi salah sebuah entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, @asfanshah.
"Benda ni berpisah tiada dengan aku. 7 tahun dah hadap secara serious. Tak campur yang tak serious. Haha. Still standing.
"Aku dah lalui peredaran zaman lagu berbeza beza. Dari underground to mainstream. Dari tidur kat LRT station sebab train habis sampai lah mampu tido kat katil yang sekarang dapat jaga tulang belakang aku.
"Dari naik bus Puduraya aku ulang Puduraya ye. Sampai dah boleh bawa empat tayar berkepala bintang. Dari makan kongsi ngan kawan kawan aku (ayam goreng peha aku patahkan dua). Sekarang makan aku kongsi pula dengan family and kawan kawan.
"Dari hidup seorang sekarang hidup berlima. Ehhhh banyak sangat DARI kalau nak story. Kau rasa aku hadap ke apa org nak kata?
"Sebab semua di atas dulu tu aku buat sebab aku suka muzik dan aku memang target nak jadikan muzik ni as karier aku. Apapun "I'm still standing" like nobody business.
"Ingat guys, jaga hubungan dengan Allah SWT. Allah jaga kita. Orang cakap sikit pun tak tinggal tanda. Masuk telinga kiri jangan keluar telinga kanan. Next time telan apa orang cakap. Prove to them. You can do it. Ngam tak ngam," kongsi Asfan.
Mencipta nama sebagai penyanyi, lagu Asfan sering dipilih menjadi lagu runut bunyi drama popular.
Selain itu, Asfan juga giat mencipta lagu untuk penyanyi-penyanyi lain.
Antara lagu ciptaan Asfan yang sedang popular di corong radio ialah Sulit nyanyian Aman Aziz.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Asfan