Laman Utama
Makan Ayam Panggang & Timun, Cik B Diet! Netizen Beri Sokongan - “Makin Comel La Lepas Ni”
Usahawan muda Cik B mencuri tumpuan ramai apabila mengamalkan pemakanan yang sihat untuk mengurangkan berat badannya.
Menerusi platform TikTok, seorang pengurusnya yang dikenali sebagai Natasha Suliana berkongsi perkembangan terkini anak kepada usahawan Datuk Seri Vida itu untuk tatapan umum.
“Luncheon. #diet #weightloss #longwaytogo #prayforus,” tulis pengurusnya di ruangan kapsyen video.
Menerusi video berdurasi kurang 15 saat itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin menikmati ayam panggang beserta sayuran timun dan epal hijau sebagai hidangan.@natashaorsammy♬ nhạc nền - 15schill
Sementara itu di ruangan komen, Cik B dihujani komen-komen positif yang menyokong perjalanannya untuk kurus.
Ramai wargamaya menitipkan ucapan selamat maju jaya dan semoga Cik B memperoleh berat badan idamannya dengan mengamalkan pemakanan sihat yang konsisten.
“@Nur:Cik B hat kaya pun diet. Takdenya telan ubat kurus tak payah diet”
“@moonchild:CIKB U CAN DO THIS! I PUN TENGAH DIET SO LETS WORKING OUT TOGETHER!!!!”
“@Miea:Cik B makan menu diet pon selera macam makan nasi. Terbaikkkkk”
“@Sh Hasmiza:Aduhh sedap nya dia makan. Tapi aku malas ya Allah. Berilah aku kerajinan masak sebab aku selalu lapar tapi tak ada duit nak order Panda”
“@Mrs.@wai:Awlololoo.. Comelll Cik B. Makin comel la ni bila dah weight loss nanti”
@Nur Ashyqin:Diet ni struggle mula-mula je, bila nanti tabiat makan kita dah displin, benda tu jadi mudah, go luck Cik B”
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat hampir 1.2 juta tontonan dan 100,000 tanda suka daripada warga TikTok.
Must-Watch Video