Hiburan

Makan Daging Disangka Halal Kemudian Berlaku Syubhah? Ini Hukumnya!

Hanafis Haris
30/12/2020
19:19 MYT
Sponsor Banner
Makan Daging Disangka Halal Kemudian Berlaku Syubhah? Ini Hukumnya!
Isu kegiatan kartel yang menyeludup daging sejuk beku sebelum membungkus semula daging itu menggunakan logo halal masih lagi rancak diperkatakan ramai.
Malah, sehingga kini ramai yang berasa was-was dan syubhah setiap kali membicarakan isu daging import.
Enggan masyarakat terus dalam dilema berkaitan hal tersebut, Pejabat Mufti Wilayah Perseketuan tampil menjelaskan hukum memakan daging yang kemudiannya timbul syubhah.
Menurut kenyataan dikeluarkan, umat Islam yang telah memakan daging import sebelum timbul isu syubhah daging import yang berlaku baru-baru ini, maka hukumnya adalah dimaafkan.
Jelasnya, perkara tersebut berlandaskan dalil-dalil Syara’ yang memberikan hukum berdasarkan kepada keadaan asalnya iaitu halal sehingga terdapat bukti yang mengubahnya serta diberikan keuzuran dan keringanan dalam perkara yang tidak disengajakan.
Walaubagaimanapun ia dengan syarat penelitian melalui logo halal pada paket pembungkus sudah dilakukan terlebih dahulu.
Menerusi kenyataan itu, pihak mufti juga menghuraikan jawapan secara terperinci mengikut firman Allah SWT di dalam Al-Quran.
Anda boleh baca huraian tersebut di sini : https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4641-irsyad-al-fatwa-siri-ke-538-hukum-memakan-daging-yang-disangkakan-halal-kemudian-berlaku-syubhah
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar