Laman Utama

“Makan Durian Je Pun…Bro, Chill La Jangan Negatif! Aku Buat Reviu Nak Tolong Orang!,” – Azza

Fiza Kamarudin
08/07/2021
07:30 MYT
Sponsor Banner
“Makan Durian Je Pun…Bro, Chill La Jangan Negatif! Aku Buat Reviu Nak Tolong Orang!,” – Azza
Penyanyi dan pelakon Azza Elite kecewa apabila ada warganet yang mengeji dirinya gara-gara memuat naik video memakan durian jenis Musang King dan IOI.
Azza ketika dihubungi Gempak berkata, dia berasa terkilan kerana individu tersebut menghamburkan kata-kata kasar kepadanya.
“Dia seperti menuduh saya sengaja hendak menunjuk-menunjuk kerana makan durian. Allahuakbar! Kenapa negatif sangat?
“Saya sedang buat reviu, nak bantu orang lain berniaga, cari rezeki halal…Salah ke? Ini sampai kata tak mati pun kalau tak makan durian!
“Memang betul, belum ada orang mati lagi makan durian! Bro, chill la jangan negatif sangat. Dan yang paling saya tak boleh terima apabila dia politikkan pula isu durian,” katanya.
Tambah Azza lagi, tujuan dia memuat naik hantaran tersebut adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak sesuka hati membuat tuduhan melulu.
“Saya kalau nak makan durian, tak payah rakam pun. Selama ini kalau makan durian pernah ke saya rakam?
“Tok wan saya ada kebun durian, seluruh family saya ada termasuklah saya sebab mak saya punya kan? Saya orang Batu Kurau memang popular dengan durian.
“Jangan judge orang lain kalau tidak tahu…Baik tolong orang dari cari salah orang. Saya tolong adik-adik jual durian tu sebab mereka rajin cari rezeki,” katanya.
Terdahulu, Azza telah berkongsi tangkap layar seorang pengguna laman sosial yang seolah-olah tidak berpuas hati apabila dia memuat naik video sedang membuat reviu durian Musang King dan IOI.
“Sedap macam manapun ini durian harga Zionist! Bukan keperluan pun tetapi lebih kepada kehendak nafsu. Tak mati pun kalau tak makan durian jenis ni.
“Beratus ekar tanah hutan kerajaan jadi mangsa pekebun haram Musang King! Lupa ka?”, tulis individu tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar