Hiburan

"Makan Kerap, Minum Tiga Cawan Kopi" - Shawn Mendes Dedah Rutin Bersama Camila Cabello

Asraf Aided
07/10/2019
12:45 MYT
Sponsor Banner
"Makan Kerap, Minum Tiga Cawan Kopi" - Shawn Mendes Dedah Rutin Bersama Camila Cabello
Penyanyi popular Hollywood, Shawn Mendes mendedahkan rutin bersama teman wanitanya, Camila Cabello.
Memetik laporan HollywoodLife, Shawn mendedahkan perkara itu ketika sesi soal jawab bersama peminatnya di Kuala Lumpur sebelum mengadakan konsert pada malam Sabtu.
Menurut Shawn, dia dan Camila akan mencari kopi dari kedai berdekatan setiap pagi, selain itu, mereka juga suka makan dengan kerap ketika meluangkan masa bersama.
"Perkara pertama yang kami akan buat setiap hari adalah mencari kopi di kedai berdekatan, Camila mungkin akan minum separuh cawan, manakala saya akan habiskan tiga cawan.
"Selain itu, kami juga suka makan dengan banyak dan kerap, kami boleh bertanya "adakah kamu lapar?" walaupun baru satu jam selepas makan," selorohnya.
Konsert Shawn Mendes The Tour Asia yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu telah menyaksikan kehadiran ribuan peminat dari Malaysia dan luar negara.
Sebanyak 20 lagu dinyanyikan sepanjang konsert tersebut antaranya Lost In Japan, Treat You Better, Mercy dan banyak lagi.
Sumber : hollywoodlife.com
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar