Berita

Makan Kuih Koci Tiba-Tiba Mati

Amri Hassan
15/07/2017
05:38 MYT
Sponsor Banner
Makan Kuih Koci Tiba-Tiba Mati
Seorang anggota jawatankuasa Umno Bahagian Mersing meninggal dunia akibat tercekik kuih koci, sejurus selepas menziarahi jenazah bekas Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Mohd Ali Hassan di Taman Nong Chik.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Shahurinain Jais berkata kejadian berlaku pada 10.30 pagi ketika Mohd Samsi Sapan, 56, sedang makan bersama 3 rakannya di sebuah kedai di Jalan Nong Chik, Johor Bahru, Johor.
“Samsi tercekik semasa makan kuih itu dan tidak dapat bernafas.
“Beliau dibawa oleh rakannya ke klinik berdekatan dan kemudian dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya menerusi kenyataan.
Shahurinain berkata pemeriksaan mendapati tiada unsur jenayah atau khianat dalam kematian Samsi yang berasal dari Kulai.
Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya.
Sumber: Bernama
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar