Berita

Makanan Terpedas Di Dunia, Dan Malaysia Juga Ada Sesuatu Yang Cukup Pedas Untuk Anda!

Badrul Hashim
07/03/2019
07:57 MYT
Sponsor Banner
Makanan Terpedas Di Dunia, Dan Malaysia Juga Ada Sesuatu Yang Cukup Pedas Untuk Anda!
Mungkin ramai yang tidak tahu tentang makanan-makanan yang terpedas di dunia. Apatah lagi dengan pelbagai jenis cili yang ada di dunia ini.
Kami senaraikan beberapa jenis makanan yang dianggap terpedas di dunia untuk pengetahuan anda. Mana tahu satu hari nanti anda ingin mencubanya.
Suicide Hot Chicken Wings – Amerika Syarikat Merupakan kepak ayam terpedas di dunia. Kepak ayam yang digoreng dan kemudiannya digaulkan dengan sos daripada cili terpedas di dunia.
Vindaloo – India Vindaloo merupakan sejenis kari yang cukup popular di India dan berasal dari Goa, kawasan Konkan dan beberapa kawasan lagi di India. Ia merupakan makanan utama yang disediakan di restoran-restoran India dan dianggap salah satu kari terpedas.
Phaal Curry – United Kingdom Phaal Curry adalah hidangan kari Asia Inggeris, yang berasal dari restoran British Bangladesh di Birmingham, UK. Jangan terkeliru dengan phall, sejenis masakan terung dari Bangalore. Ia merupakan kari yang paling kerap digunakan, menggunakan sebilangan besar cili termasuk habanero.
Papa a la Huancaína - Peru Papa a la Huancaína adalah hidangan pembuka selera Peru yang diperbuat dari kentang rebus dalam sos krim pedas, krim yang dipanggil Huancaína. Walaupun nama hidangan berasal dari Huancayo, sebuah kota di dataran tinggi Peru, hidangan ini berasal dari Lima - Peru. Ia telah menjadi makanan harian dan citarasa di seluruh negara.
Jerk Chicken - Jamaica Jerk Chicken Jerk adalah gaya memasak asli Jamaica, di mana daging diperap dengan rempah kering atau basah yang pedas dipanggil rempah Jamaika jerk. Sesetengah ahli sejarah percaya bahawa ia berasal daripada hamba abdi Afrika yang melarikan diri ke hutan liar Jamaica ketika British merampas pulau itu dari Sepanyol pada tahun 1655.
Sik Sik Wat - Ethiopia Di Ethiopia, perkataan wat bermaksud ‘stew’ atau rebusan, tetapi ini bukan rebusan biasa. Tidak kira apa daging yang digunakan, Sik Sik Wat mempunyai warna yang terang dengan pelbagai rasa dan sangat pedas.
Szechuan Hot Pot – China Szechuan Hot Pot merupakan sejenis cara masakan Cina, disediakan dengan memanaskan perlahan-lahan sup pedas bersama lada Sichuan. Makanan lain seperti hirisan daging, cendawan serta sayuran dimasukkan ke dalam pot dan dinikmati penuh kepedasan.
Kimchi Jjigae – Korea Kimchi-jjigae merupakan stew Korea yang diperbuat daripada kimchi dan dicampurkan dengan lain-lain bahan seperti bawang, tofu, daging, serta makanan laut. Ia merupakan Jjigae yang popular di Korea.
Pozole – Mexico Pozole, yang bermaksud "hominy", adalah sup tradisional atau rebusan yang berasal dari Mexico. Ia merupakan sup pedas, dengan daging, dan dihiasi dengan salad, bawang, bawang putih, serta salsa atau limau. Pozole biasanya dihidangkan untuk meraikan tahun baru.
Cili Padi XL – Malaysia Merupakan Digi Prepaid internet dengan pas internet XL paling pedas dan hangat di Malaysia! Digi Prepaid internet Cili Padi membolehkan anda memuat naik gambar-gambar makanan hebat dengan pantas ke Instagram mahupun Instastory anda. Lebih media sosial, lebih masa aktif.
Apa-apapun, Digi Prepaid Internet Cili Padi dengan pas Internet XL confirm buat sosial media kita lagi pedas dan padu!
Dapatkan pas internet paling Berbaloi dengan 2GB dan Sosial Tanpa Had hanya RM15/30 hari.
Kredit Gambar: Google
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar