Laman Utama

Makanan Western, Konsep Restoran Klasik! Paku & Pontianak Ada Pakej Candle Light Diner Di Banglo Tengah-Tengah KL

Amri Hassan
03/02/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Makanan Western, Konsep Restoran Klasik! Paku & Pontianak Ada Pakej Candle Light Diner Di Banglo Tengah-Tengah KL
Seram ke? Bukan. Ianya lebih kepada konsep. Ada konsep baru ada style. Makanan western tapi konsep ke arah seni menghargai wanita melalui karya.
Dari A sampai Z, Paku dan Pontianak berubah 360 darjah. Tiada lagi Bobby’s. Perubahan ini memberikan keyakinan yang tinggi dengan lonjakkan jualan.
Hayati setiap bait alunan kata-kata bila menjejakkan kaki di Paku & Pontianak. Menghargai wanita dengan kata-kata dan bunga ros merah.
Bermula dengan membina keyakinan mereka kepada tranformasi ini supaya mereka boleh tersenyum selepas ini.
Dari biasa kepada luar biasa!

Transformasi Paku & Pontianak

Kini sudah hampir 7 bulan transformasi ini, Paku & Pontianak melebarkan sayapnya dengan pembukaan restoran keduanya di Jalan Gurney, Kuala Lumpur.
Kali ini masih berkonsepkan sama cuma ada beberapa perubahan seperti pemilihan lokasi yang menjurus kepada rumah banglo lama yang lebih luas, dengan penambahan menu-menu baru, konsep yang lebih jelas iaitu menghargai setiap wanita dan juga ruangan mengambil gambar yang luas serta dekorasi yang lebih menarik.

Usahasama Danial Zaini

Menariknya Paku & Pontianak Jalan Gurney ini, penglibatan seorang pelawak, pelakon, penyanyi iaitu Danial Zaini sebagai pemilik dan rakan usahasama.
Setelah Danial Zaini selesai kontrak bersama Dj Radio di Era fm, Danial melangkah kehadapan untuk terus berkarya sebagai anak seni penyanyi dan berlakon, sehubungan dengan perjalan kariernya, Danial menglibatkan diri dalam bisnes usahawan dan kini Danial adalah salah seorang pemilik di Paku & Pontianak dan akan mengeluarkan produk sendiri untuk masa akan datang.
Penglibatan Danial Zaini ini secara tidak langsung membantu Paku & Pontianak kepada satu aras yang lebih baik. Awal pertemuan bersama Danial Zaini ini berlaku bila Danial meluahkan rasa ingin membuka sebuah restoran bersama Broku, pakar penjenamaan dan pemasaran bagi usahawan F&B di Malaysia.
Perbincangan dan pertemuan berkali-kali membuahkan hasil dengan satu kata persetujuan. Dari pemilihan lokasi, perbelanjaan, konsep dan juga menu diperhalusi bersama. Maka tercetuslah Paku & Pontianak Jalan Gurney.
Tanggal 19 Januari menjadi saksi kepada dunia F&B di Malaysia, Paku & Pontianak Jalan Gurney telah memulakan operasinya.

Candle light dinner

Paku & Pontianak Jalan Gurney bukan sahaja menyajikan makanan western tapi juga menyajikan mata dan deria pendengaran semua yang mengunjunginya. Jangan lupa setiap momen gambar yang dirakam, menghasilkan pengalaman yang sukar dilupakan.
Mengambil kira setiap aspek persediaan hari pelancarannya pada 26 Januari ini, Paku & Pontianak sudahpun dibuka bagi mereka yang ingin menikmati menu hidangan yang disediakan antaranya Candle Light Dinner Set, Australian Black Angus Grain Fed Tomohawk Steak, Ribeye Steak, Sirloin Steak, Lamb Moussaka dan banyak lagi.
Transformasi ini pasti mengubah landskap dunia F&B di Malaysia yang menyajikan konsep yang mengagumkan dan makanan sedap yang sesuai dengan citarasa semua orang.
Bagi mereka yang ingin merasai hidangan ini bolehlah datang sekarang di Paku & Pontianak Jalan Gurney, No 21 Jalan Gurney 2, 54000 Kuala Lumpur.
Inilah Paku & Pontianak!.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar