Laman Utama
Make Up Buruk, Dapat Crown Reput, Pengantin Dianiaya Mak Andam - "Alasan Dia Inilah Make Up Melayu..."
Pelamin anganku musnah! Itu yang terjadi kepada seorang wanita yang kurang bernasib baik apabila dianiaya oleh mak andam pada hari bahagianya baru-baru ini.
Berkongsi perkara terbabit di Facebook, kata Yana Nazaruddin, dia sedih apabila hasil sentuhan mak andam itu sangat mengecewakan selain dilayan dengan teruk.
"Dah lama pendam tunggu permintaan maaf dari dia selama 24 jam tapi yang dapat hanya bluetick sahaja.
"Entahlah sedih kecewa semua ada tak tahu nak rasa apa bila kena aniaya macam ni. Harga makeup bukan murah. Ratus-ratus jugak aku bayar tapi yang dapat macam nii. Cer komen sanggup ke nk bersanding mcm ni?
"Lebih baik makeup sendiri lagi lawa. Sumpah membazir duit hire mak andam terjun," tulisnya.
Tambah Yana, mak andam terbabit turut melenting apabila ditegur tentang solekan dan aksesori yang diberi ketika majlis persandingannya.
"Permintaan maaf bila ditegur langsung tak wujud ya dan tak boleh terima kenyataan. Tak boleh berbincang.
"Bagi crown yang dah reput teruk sentuh sikit pun boleh patah. Dengan veil yang dah colour lusuh putihnya. Tak tahulah nak cakap apa dah.
"Niat nak berbincang dengan baik tapi yang dapat ibarat dihalau. Walaupun aku dah lama tingalkn bidang makeup aku sekurang-kurangnya aku tak akan makeup orang macam ni lah.
"Alasan dia inilah makeup Melayu jangan dibandingkn dengan yang lain. Katanya pengalaman lebih 31 tahun tak layak nak dibandingkn dengan kita yang baru setahun jaguh," katanya merujuk kepada sebuah butik pengantin di Kuala Selangor.
Selain dianiaya, Yana memberitahu butik pengantin berkenaan enggan bertanggungjawab menyebabkan kerosakan kecil di rumahnya selepas memasang pelamin.
Justeru, keluhan Yana itu mendapat perhatian daripada Mua Bellaz yang mahu menajanya.
"Boleh siapa-siapa tolong adik ni stay mana. Bellaz nak sponsor make up dia dengan pakai baju wedding yang cantik-cantik balik. Bagi dia happy," tulis Bellaz di Facebook.
Hasrat Bellaz itu disambut baik Yana dan kedua-duanya bakal bertemu dalam masa terdekat.
"Terima kasih juga kepada MUA yang sudi sponsor makeup. InshaAllah lepas PKPB dan dapat kebenaran merentas negeri saya akan berjumpa Mua Bellaz," kata Yana.