Hiburan
Makin Kurus & Cengkung, Imej Terkini Psy Tuai Perhatian Warganet! Ada Yang Risau Tengah Sakit...
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi asal Korea Selatan, Psy yang pernah mencipta fenomena suatu ketika dahulu.
Lagu berjudul Gangnam Style yang dilancarkan pada 2012 itu ternyata melonjakan nama Psy sekali gus mengubah kehidupannya.
Psy Semakin Kurus
Terbaharu, nama Psy kembali menjadi sebutan ramai apabila tampil dengan imej terkini.
Menurut laporan Allkpop, penyanyi yang berusia 46 tahun itu dikatakan semakin langsing sehingga mengejutkan ramai.
Difahamkan spekulasi itu tersebar apabila Psy berkongsi video pendek di saluran peribadinya yang memaparkan sedang menjamu selera baru-baru ini.
"Ha... mencuba mi Cina Chonbon Seoul - bibimbap Cina buat kali pertama,” tulis Psy.
Netizen Bimbang
Namun apa yang menjadi perhatian adalah, netizen menyedari perubahan terhadap fizikal Psy yang kelihatan sangat kurus.
Netizen mendakwa wajah Psy kelihatan panjang, lebih kurus dan langsing.
Malah, ramai yang menyatakan kebimbangan terhadap kesihatannya.
“Apa yang berlaku... saya dapat melihat lehernya," tulis netizen.
"Apa yang berlaku? Ke mana perginya berat badannya," soal netizen.
"Ini membuatkan saya bimbang," luah seorang warganet.
"Nampak lain, adakah dia sakit," komen warganet lain.
Tak Jaga Diri
Tidak berdiam diri, Psy tampil memberi respons terhadap muat naiknya itu.
"Saya minta maaf jika saya tidak menjaga diri saya,” ulas Psy.
Gangnam Style mencipta kemasyhuran dalam industri K-pop apabila satu dunia tahu dan terus terbayang tarian ‘menunggang kuda’.
Untuk rekod, Psy juga pernah membuat persembahan di Malaysia pada 2013 dan 2022.
Sumber: Allkpop