Berita
Makmal Tawarkan RM19,000 Untuk Serah Diri Dijangkiti Coronavirus!
Sanggupkah untuk anda memperjudikan nyawa dijangkiti Coronavirus (COVID-19) dengan ganjaran RM19,000?
Ya, memang benar! Sekumpulan penyelidik di London sedang mencari sukarelawan untuk dijangkiti Covid-19 dan bakal diberikan ganjaran bernilai 3,500 Euro (RM19,231).
Sukarelawan yang menerima ganjaran itu akan dikuarantin di Queen Mary BioEnterprises Innovation Centre di Whitechapel untuk menjalani sesi ujian selama dua minggu.
Kesemua 24 sukarelawan itu akan disuntik dengan dua jenis virus iaitu OC43 dan 229E yang mirip dengan Covid-19 secara serentak.
Dua jenis virus ini akan memberikan simptom sama seperti individu yang dijangkiti Covid-19. Ia antara lain boleh mengganggu sistem pernafasan manusia.
Selepas dijangkiti, sukarelawan itu akan diberikan ubat antiviral.
Difahamkan juga, sukarelawan tidak dibenarkan bersenam, menyentuh individu lain dan pemakanan juga akan dikawal.
Namun, sukarelawan akan dibekalkan dengan televisyen dan permainan video sepanjang dikuarantin.
Eksperimen ini masih dalam perancangan memandangkan syarikat itu memerlukan persetujuan dari Agensi Penguatkuasaan Produk Ubat dan Kesihatan United Kingdom terlebih dahulu.
Sehingga kini sebanyak 114,422 kes Covid-19 dilaporkan seluruh dunia dan seramai 4,027 kematian dicatatkan.
Sumber: Daily Star