Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Malas Bertikam Lidah Dengan Netizen, Agy Pilih Untuk Kunci Mulut - “Tahun Ini Saya Nak…”

Asyraf Roslan 10/01/2025 | 13:55 MYT
Penyanyi dan pempengaruh, Agy enggan mengulas lanjut mengenai kemunculannya di sebuah acara tahun baharu baru-baru ini.
Menurut pelantun lagu Uno Dos Tres itu, dia lebih memilih untuk tidak memberi sebarang kenyataan kerana enggan memanjangkan isu.
“Saya memilih untuk tidak menjawab soalan dan juga komen yang diberikan oleh netizen.
“Jika perkara-perkara yang baik, InsyaAllah saya boleh jawab, sebab tahun ini kalau boleh saya nak fokus kepada benda yang baik-baik sahaja.
“Sebab kalau saya jawab nanti isu ini akan jadi lebih panjang,” ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Agy atau nama lengkapnya Muhammad Affizy Mohd Khairy, 29, juga berkata dia kini lebih sedang fokus dengan projek terbaharunya dan berharap ia boleh diterima ramai.
“As for now, saya tengah ready untuk produk terbaharu saya.
“Minta tolong doakan supaya ia boleh diterima umum,” kata Agy ringkas.
Terdahulu, Agy telah muncul disebuah acara tahun baharu dan mendapat kecaman hebat daripada netizen.
Ada yang berkata dia tidak layak untuk membuat persembahan di konsert tahun baharu itu malah ada juga yang berpendapat bahawa bayaran yang diterimanya rendah yang menyebabkan dia menjadi pilihan penganjur.
;