Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Malaysia Boleh! Timmy Tan Pertahan Pingat Emas Pada Kejohanan Boling Asia Di Kuwait!

Hanafis Haris 25/10/2019 | 10:00 MYT

Malaysia sekali menjadi perhatian dunia apabila skuad boling negara menerusi Timmy Tan berjaya mempertahankan pingat emas acara perseorangan lelaki pada Kejohanan Tenpin Boling Asia edisi ke-25 di Salmiya, Kuwait baru-baru ini.

Tambah manis lagi lagi apabila Timmy berjaya merekodkan permainan sempurna pada permainan keenam dengan mengumpulkan sebanyak 1,556 jatuhan pin.

Jumlah tersebut sekali gus melayakkan Timmy bergelar juara.

Tempat kedua dan ketiga pula milik pemain India dan Jepun masing-masing dengan jatuhan pin sebanyak 1,524 dan 1,521 mata.

Seorang lagi pemain negara iaitu Hafiz Zainuddin terpaksa akur di tempat keempat selepas mengumpul 1,512 pin.

Untuk rekod, Malaysia kini meraih dua pingat emas dan dua gangsa.

Berikut adalah senarai pemenang setakat ini.

Wanita Perseorangan
Emas: Shalin Zulkifli
Gangsa: Sin Li Jane
Lelaki Perseorangan
Emas: Timmy Tan
Beregu Wanita
Gangsa: Esther Cheah and Sin Li Jane

Sementara itu, selaku penaja untuk skuad boling negara, Astro ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan berkenaan.

Kejohanan Tenpin Boling Asia edisi ke-25 dijangka berakhir pada 31 Oktober ini.

#Malaysia #Antarabangsa #Bowling
;