Laman Utama
Malaysia Merupakan Antara Negara Dengan Cuti Umum Terbanyak, Jom Staycation Di 5 Hotel Ini
Tahukah anda, negara kita merupakan antara negara di Asia Tenggara dengan jumlah cuti umum terbanyak?
Dengan 15 hari cuti umum, tidak hairanlah jika ramai yang kerap merancang percutian pada awal tahun bersesuaian dengan bilangan cuti umum yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Ada yang melancong ke luar negara, dan ada juga yang lebih selesa untuk bercuti dalam negara. Namun, ramai juga yang lebih gemar untuk merancang sesi berehat gaya staycation di ibu kota.
Perlu sedikit inspirasi untuk staycation anda yang akan datang? Berikut merupakan lima hotel terbaik yang boleh ditempah menerusi aplikasi Traveloka termasuk sarapan pagi, harga berpatutan dan lokasi strategik berdekatan ibu kota.
Bagi yang menggemari hotel bertema, Gold3 Boutique Hotel merupakan hotel mesra keluarga pertama yang bertemakan kamera di Malaysia. Terletak di lokasi strategik iaitu Bukit Bintang, Kuala Lumpur, tetamu juga boleh mengunjungi Muzium Kamera Vintaj di tingkat dua hotel.
Bagi mereka yang suka membeli-belah, The RuMa Hotel and Residences terletak berdekatan dengan pusat membeli-belah seperti Suria KLCC dan Pavilion Bukit Bintang. Tampil dengan dekorasi warisan tempatan, The RuMa Hotel and Residences yang juga menjadi lokasi kegemaran pasangan ini turut sesuai bagi mereka yang gemar bergambar dan berkongsi foto di Instagram.
Terletak di Chow Kit, hotel dengan harga berpatutan ini tampil dengan bilik-bilik unik yang kompak. Direka oleh Akin Atelier yang berasal dari Sydney, Australia, anda pasti kagum dengan lokasi yang cantik dan sesuai untuk dikongsi di Instagram.
Direka dengan seni bina berunsurkan Cina, Hotel Tian Jing yang terletak di Jalan Sultan, Kuala Lumpur ini boleh ditempah dengan harga yang berpatutan dan berdekatan dengan akses pengangkutan awam. Antara lokasi menarik berdekatan termasuklah Chinatown, Menara Kuala Lumpur, Muzium Telekom dan kafe-kafe menarik.
Website: Insert website link
Berdekatan dengan lokasi-lokasi popular seperti Pusat Beli-Belah Sogo, Pertama Complex, Malay Street, Dataran Merdeka dan Chow Kit Night Bazaar, tetamu hotel ini juga boleh terus bersiar-siar di sekitar KLCC, Pavilion dan Bukit Bintang. Selain suasana cantik di sekitar hotel dan sesuai untuk lokasi bergambar, Hotel IDEAS Kuala Lumpur juga menawarkan Malaysia High Tea berharga RM50 untuk seorang.
Jom Super Staycations bersama Traveloka bermula 8 Ogos hingga 30 September 2022. Dapatkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi hotel dan tarikan-tarikan menarik.